54 Tahun Wujud Felda Masih Gagal Bantu Bumiputera.

Oleh Jamilah Kamarudin

JERANTUT, 20 Feb - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang ditubuhkan sejak tahun 1956, didakwa masih gagal membantu serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi Bumiputera.

Ini kerana keuntungan berbilion ringgit yang diperolehi Felda setiap tahun hanya menguntungkan segelintir pihak tertentu yang berkepentingan dan tidak dinikmati majoriti peneroka.

Timbalan Presiden KEADILAN Senator Dr Syed Husin Ali berkata, tujuan asal penubuhan Felda yang diasaskan oleh mantan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak adalah untuk membasmi kemiskinan luar bandar masih tetapi matlamat ini masih lagi jauh daripada sasaran.

Malah mereka kini dibelenggu pula dengan masalah masa depan generasi kedua hasil daripada transformasi Felda daripada sebuah agensi kerajaan kepada syarikat konglomerat.

"Felda Holdings dan kira-kira 60 anak syarikatnya seperti Felda Plantations dan Felda Technoplant merupakan syarikat berorientasi komersil yang berasaskan sistem kapitalis.

"Tujuan utamanya adalah untuk memaksimumkan keuntungan. Maka tidak hairanlah jika mereka tergamak melakukan penindasan ke atas peneroka yang menyertainya, seperti memberikan pendapatan yang rendah dan mengenakan kadar faedah yang tinggi," katanya semasa merasmikan Konvensyen Peneroka dan Generasi Kedua Felda Kebangsaan di Jerantut, Pahang hari ini.

Konvensyen itu dihadiri lebih 1,000 peneroka dan generasi kedua daripada seluruh negara.

Acara ini julung kali diadakan oleh Biro Hal Ehwal Felda KEADILAN pada peringkat kebangsaan bagi membincangkan halatuju dan dasar agensi itu yang bakal dilaksanakan di bawah pentadbiran kerajaan pusat Pakatan Rakyat.

Terima Kasih kerana mengunjung. sudi-sudi 'klik' di sini sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

No comments

Powered by Blogger.