Panas! Saiful terima Ugutan Bunuh!

Oleh UMAVATHI RAMAYAH

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Saksi utama perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini membuat laporan polis mengenai ugutan bunuh yang diterimanya, dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan yang sedang berlangsung.

Bekas pembantu kepada Anwar itu ditemani peguam Zamri Idrus serta bapanya, Azlan Mohd. Lazim tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Laporan itu dibuat terhadap seorang lelaki yang mendaftar dirinya atas nama “Anaz Zahari” di dalam laman sosial Facebook.

“Anaz Zahari” didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan bunuh dalam laman sosial Ketua Pembangkang itu.

Kenyataan itu menyebut: “Kepada rakan-rakan sekalian... Siapa-siapa yang mengenali atau pun berjumpa dengan Saiful Bukhari Azlan di mana-mana saja, anda diwajibkan membunuh beliau dengan apa cara sekalipun demi keamanan manusia sejagat”.

Saiful Bukhari berkata, beliau membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatannya. -

Terima Kasih kerana sudi 'klik' di sini sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

No comments

Powered by Blogger.