Saat memalukan bagi sistem kehakiman di Malaysia

PUTRAJAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan keputusan sebulat suara (5-0) oleh lima panel hakim di Mahkamah Persekutuan di sini pagi tadi mengenai siapa menteri besar Perak yang sah adalah saat yang paling memalukan buat sistem kehakiman.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan mahkamah tersebut yang mengisytihar Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar yang sah.

Lima hakim yang membuat keputusan itu ialah Alauddin Mohd Sheriff, Arifin Zakaria, Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdull Hamid Embong.

V Sivakumar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diusung keluar dari DUN bagi mengosongkan kerusinya secara paksa berkata, "hanya DUN dan bukan sultan yang boleh menentukan siapa yang mempunyai majoriti."

Menteri Besar yang digulingkan, Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, "keputusan ini bermakna sultan boleh menyingkir menteri besar bila-bila masa, di mana sahaja."

Exco kanan Barisan Nasional (BN) Perak, Hamidah Osman berkata, "saya rasa bersyukur dan berharap keputusan ini dapat diterima oleh semua pihak."

Para penyokong BN bersorak ketika pemimpin-pemimpin mereka meninggalkan Mahkamah Persekutuan manakala para penyokong Pakatan Rakyat membalas dengan laungan "Tipu", "Rasuah", "Bubar DUN."


Terima Kasih kerana mengunjung. sudi-sudi 'klik' di sini sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

No comments

Powered by Blogger.