Pakatan Rakyat adakan permukiman Mac ini

KUALA LUMPUR, 9 Feb - Pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-PAS, akan mengadakan siri permukiman bulan depan bagi mengatur strategi untuk menanganinya.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berkata, permukiman pertama akan diadakan pada 7 Mac di Selangor melibatkan gabungan parti peringkat negeri itu, dan diikuti permukiman peringkat kebangsaan sama ada pada 10 Mac atau 16 Mac di Pulau Pinang.

Beliau berkata permukiman itu diadakan bagi menjawab ’serangan’ yang dikatakan berpunca daripada Barisan Nasional (BN).
“Kami perlu menyiapkan diri untuk bertindak balas,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Kebelakangan ini, pakatan terutamanya PKR dan DAP berhadapan kritikan tajam daripada kalangan para pemimpin mereka yang dilakukan secara terbuka.


Terima Kasih kerana sudi 'klik' di sini sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

No comments

Powered by Blogger.