Apakah UMNO sudah pulih?
Oleh - Abd Jalil Ali
Sama ada menjadi anggota parti atau tidak, orang Melayu yang prihatin terhadap UMNO pasti menyokong hasrat Datuk Seri Najib Tun Razak agar transformasi dalam parti digerakkan sehingga ke peringkat akar umbi bagi membolehkan mereka menterjemahkan model budaya politik baru yang bersifat inklusif, terbuka dan demokratik.
Dalam taklimatnya dua hari lalu, yang menjadi tradisi pembuka tirai kepada setiap perhimpunan agung yang sedang berjalan sekarang, orang No1 parti itu menegaskan, pembaharuan dalaman parti mesti disusuli dengan perubahan dari segi budaya, pemikiran, tindakan dan pertuturan
Sejak pilihan raya umum ke-12, Mac 2008 yang melihat dengan jelas penolakan rakyat terhadap Barisan Nasional, Najib yang juga Perdana Menteri telah berusaha keras untuk memperbaiki UMNO, komponen utama dalam Barisan. Siri-siri taklimat yang merupakan bedah siasat terhadap parti itu telah dilakukan menerusi ‘retreat’ dan perbincangan tertutup yang diadakan di seluruh negara.
Kata Presiden, seperti yang dilaporkan media: "Kita telah memulakan proses pemulihan politik di mana parti telah meminda perlembagaan pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu. Ia tidak boleh terhenti begitu sahaja, pembaharuan UMNO mesti disusuli dari segi budaya, pemikiran dan tindakan serta pertuturan supaya perubahan itu meresap dan menular ke peringkat bahagian.”
Najib telah memperlihatkan kesungguhan untuk memperbaiki parti terbesar Melayu yang telah menerajui pemerintahan negara sejak selepas merdeka. Beliau tidak ada pilihan selain mengembalikan keyakinan rakyat, khasnya Melayu, terhadap parti, atau jika tidak UMNO akan mengalami luka yang lebih parah pada pilihan raya umum akan datang.
Sementara Presiden telah sejak tiga tahun ini berusaha sepenuh hati, apakah anggota parti yang lain – tidak kira peringkat cawangan, bahagian mahu pun pusat – betul-betul memahami iltizam murni Najib? Sekiranya betul difahami, apakah iltizam itu telah dilaksanakan? Atau, apakah semua itu hanya cakap-cakap kosong yang tidak ada kesan?
Bagi sebahagian besar rakyat – tidak kira bangsa – usaha-usaha pemulihan belum menampakkan kesan. UMNO masih dilihat lebih dari sudut negatif dan terus dikaitkan dengan penyelewengan, rasuah, angkuh. Mungkin ini persepsi, tetapi kebenarannya ada juga. Sebagai contoh, ada pegawai tinggi yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah, tetapi beberapa bekas menteri yang terlibat dengan penyelewengan masih tidak diambil tindakan.
Contoh lagi, sementara Najib dari masa ke masa meminta orang UMNO menghentikan sikap dan gaya bermewah-mewah @ angkuh, masih ramai lagi pemimpin parti terus terbawa-terbawa gaya hebat – masuk kampung menemui rakyat dengan kereta mewah, pengiring-pengiring pun turut sama berkereta mewah. Mereka tidak sudi naik kereta nasional.
Sekadar contoh juga, pada hari pertama mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Najib menegaskan beliau tidak mahu nama dan gambarnya – juga anggota kabinetnya – dijadikan iklan dalam acara rasmi atau tidak rasmi. Katanya rakyat tidak suka melihat gambar pemimpin-pemimpin diletakkan pada poster dan iklan. Untuk beberapa ketika arahan itu dipatuhi.
Tetapi hari ini keadaan sudah balik asal. Gambar Najib, juga pemimpin lain, dipampangkan dalam iklan, poster, ‘bunting’ dan kain rentang pada setiap acara rasmi dan lawatan. Malah, menteri merasmikan pelancaran produk pun diiklankan ucapan terima kasih dengan gambar besar. Umum melihat ini sebagai membazir duit.
Sekiranya hasrat transformasi UMNO difahami 4,000 perwakilan, perhimpunan parti kali ini yang akan berakhir hujung minggu, sepatutnya membuang perkara-perkara lapuk yang menjadi ciri tetap sebelum ini. Antaranya, sekadar contoh:
Pertama, hujah dan lawak bodoh yang bertujuan menghibur hadirin. Para pembahas sepatutnya hanya membawakan fakta-fakta yang serius dan membincangkan dengan terperinci isu-isu, terutama yang melibatkan hak-hak Melayu. Tidak perlu pantun atau kelakar hanya untuk menghibur. Perhimpunan ini bukan tempat berhibur.
Kedua, jangan terlalu mengampu pemimpin. Menjadi kebiasaan dalam perhimpunan sebelum ini pemimpin terlalu diagungkan. Kalau pun memang ada kebaikan yang dibuat pemimpin cukuplah sekadar ucapan terima kasih, tidak perlu membodek meleret-leret kemudian bertepuk sorak ramai-ramai.
Sebaliknya, tunjukkan keberanian menegur pemimpin, termasuk presiden, sekiranya ada sesuatu yang tidak betul telah dilakukan. Pemimpin yang baik dan berkualiti pasti sedia menerima kritikan, asalkan kritikan itu dibuat berdasarkan fakta, bukan kerana emosional atau sakit hati sebab tidak dapat projek.
Ketiga, jangan kutuk media. Selalu sangat pada perhimpunan parti, wartawan dan pengamal media dihentam. Malah ada juga jeritan – ini pun satu bentuk membodek! – supaya sesetengah akhbar diharamkan. Pada era ICT di mana maklumat berada di hujung jari, jeritan mengharamkan akhbar hanya akan membuat orang ketawa. Jangan malukan UMNO!

No comments
Post a Comment