Gay dalam politik dan budaya popular
Isu gay menjadi panas dalam politik negara kita baru-baru ini, apabila artis berorientasi gay, Adam Lambert muncul mengadakan konsert.
Parti konservatif PAS menunjukkan tentangan terhadap kehadiran penyanyi ini, tetapi agak kurang mendapat sambutan dalam Pakatan Rakyat yang liberal.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, isu gay dan politik dalam budaya popular semakin menjadi isu besar, dengan munculnya pemimpin-pemimpin yang terbuka gay.
Di negara Amerika Syarikat yang wujud pembahagian tajam antara liberal dengan konservatif, isu homoseksualiti menjadi isu yang memanaskan wacana politik melibatkan nilai.
Bandar San Francisco di California menjadi pusat pertembuangan nilai ini, dengan penyokong kedua-dua kumpulan pro dan antigay bergiat memperjuangkan agenda didasari nilai masing-masing.
Dalam satu filem dokumentari tentang ahli politik gay, Outrage, dikemukakan bagaimana orientasi seksual itu mencetuskan pelbagai masalah kompleks.
Sekitar masa yang sama, filem Milk muncul sebagai satu manifesto dan tanda kemunculan yang lebih berani golongan gay dalam politik, mendapat pujian ramai dan memenangi pelbagai anugerah.
Di Finland, Jóhanna Sigurðardóttir menjadi pemimpin negara pertama yang terbuka sebagai gay, menyertai menteri Australia kelahiran Malaysia, Penny Wong yang juga terbuka sebagai seorang gay.
Malaysia juga hampir mendapat pemimpin-pemimpin gay yang ramai, tetapi tidak terjadi kerana projek 16 September tidak berjaya.
Filem Milk menjadi satu tanda fasa baharu yang dimasuki Hollywood sebagai pembawa nilai-nilai liberal, menunjukkan juga agenda pusat kuasa budaya itu.
Malaysia, sebuah negara konservatif kini semakin terdedah kepada nilai-nilai liberal dengan aktivis-aktivis liberal semakin berani dan terbuka membawa isu seperti ini ke depan dan tengah masyarakat.
Perkembangan ketika ini menunjukkan medan persaingan nilai ini semakin meluas dan sofistikated, dengan pelbagai bahasa berkod yang kurang difahami oleh golongan konservatif.
Dalam persaingan yang penuh dengan bahasa berkod, simbol dan keupayaan berwacana di media dan ruang awam, mereka yang mempunyai kelebihan yang sofistikated bakal mempunyai kelebihan yang jauh lebih besar.
[Sumber]

No comments
Post a Comment