Najib mahu ikut Hang Tuah atau Mat Jenin?
Oleh Nurul Izzah Anwar
Saya mengalu-alukan ucapan dasar presiden Umno dalam Perhimpunan Agung Umno 2010 yang menjelaskan hasrat parti itu untuk memegang ideologi yang lebih sederhana. Saya harap ahli-ahli Umno turut sama komited memegang agenda Melayu yang progresif.
Umno nampaknya mengiktiraf pendirian dan hala tuju Parti Keadilan Rakyat. Sayang sekali, cadangan indah yang dilontarkan pada pembukaan perhimpunan tidak pula disusuli dengan arus pemikiran yang sama, tetapi terbatal pula apabila Perdana Menteri menjamin penerusan agenda Melayu yang hanya memanfaatkan kumpulan tertentu dengan pengumuman penubuhan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera.
Sebelum ini saya pernah mencadangkan penubuhan kaukus Parlimen tentang agenda Bumiputera yang akan berperanan mengkaji dan mengeluarkan laporan penuh tentang dasar-dasar pro-Bumiputera dan juga penerima faedahnya.
Saya akan terus memanjangkan perkara ini dalam persidangan parlimen akan datang kerana saya percaya rakyat, melalui Parlimen perlu dimaklumkan hasil dasar-dasar ini. Ia bukan hak eksklusif Umno. Sebagai contoh, orang-orang Melayu ingin tahu siapa yang menerima saham-saham DEB bernilai RM53 billion. Dan mengapa pula hanya RM2 billion yang tinggal.
Siapa Melayu terpilih yang menerima majoriti kontrak kerajaan, komisyen, projek dan konsesi tol dan kemudahan awam? Adakah mereka kumpulan yang sama.
Mengapa pinjaman PTPTN tidak boleh ditukar kepada biasiswa? Saya pernah membuat cadangan ia mampu dilakukan dengan menggunakan 30 peratus keuntungan tahunan Petronas dan pembahagian semula ekuiti Bumiputera untuk dana pendidikan kebangsaan. Adakah keuntungan Petronas hanya untuk Melayu yang sudah kaya? Siapakah mereka sebenarnya? Ucapan itu akan hanya kekal sebagai satu lagi propaganda untuk menipu rakyat.
Ucapan Najib juga penuh dengan puisi, laungan perang parti, momokan dan yang paling penting pengakuan politik bahawa hak keistimewaan Melayu itu sudah termaktub dalam Perlembagaan dan kuncinya dipegang oleh Raja-Raja Melayu.
Maknanya, hak keistimewaan Melayu tetap terjamin walaupun apabila Pakatan Rakyat menjadi kerajaan.
Bagaimanapun, demi menegakkan keperluan wujudnya Umno, Perdana Menteri mungkin berasa sudah terlepas cakap dan tanpa segan silu mengisytiharkan hanya Umno yang melindungi hak Melayu dalam ucapan penggulungannya. Seperti yang disebut Perdana Menteri bahawa beliau dan para pemimpin Umno akan turun padang untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa ‘kunci istimewa’ itu dipegang Raja-Raja Melayu. Itulah juga yang akan dilakukan pimpinan Pakatan Rakyat dan hakikat ini akan dijelaskan dengan lebih mendalam lagi, khususnya kepada orang-orang Melayu.
Perisytiharan terbuka tentang terjaminnya kedudukan Melayu itu telah membuka pintu politik harapan dan kebebasan dan menenggelamkan usaha menakut-nakutkan rakyat. Inilah permulaan kepada perjuangan sebenar memenangi hati orang-orang Melayu.
Dalam ucapannya juga Perdana Menteri menyebut dua nama penting dalam kebudayaan Melayu. Pahlawan Hang Tuah dan Mat Jenin yang suka berangan-angan itu.
Perdana Menteri memetik kata-kata Hang Tuah, ‘Takkan Melayu Hilang di Dunia’. Hang Tuah pada saya adalah simbol keberanian, keadilan yang sebenarnya selari dengan pandangan Ketua Wanita Umno yang mahu mempromosikan Kemuliaan Melayu. Laksaman Hang Tuah tidak sekali-kali akan memukul curi lawannya.
Oleh itu dalam persidangan Parlimen yang masih berjalan ini, saya menggesa Perdana Menteri untuk menterjemahkan ucapannya kepada tindakan. Beliau telah berkata “Hak istimewa Melayu itu terkunci rapat dan termaktub dalam Perlembagaan.” Beliau boleh sahaja meminta Parlimen menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Universiti dan Kolej Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak. Bukankah Umno yakin terhadap kebijaksanaan Raja-Raja Melayu yang memegang kunci perlindungan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Perdana Menteri juga berkata yang orang Melayu sudah boleh bersaing dengan yang terbaik. Maka bertindaklah untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan adil dan bersih. Bukankah ini rentak pahlawan Hang Tuah yang bertempur dengan musuh secara adil?
Perdana Menteri turut mengisytiharkan bahawa dalam era moden ini, orang Melayu berada dalam persaingan idea. Jadi moleklah kalau kebebasan akhbar diberikan jaminan bagi mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan. Disinilah akan berlakunya tempat pertembungan idea.
Biarlah ketiga-tiga perkara ini menjadi ujian kepada Presiden Umno sama ada dia ingin mengambil sifat berani dan adil Hang Tuah atau sekadar mengikut jejak langkah Mat Jenin. Mengikut ceritanya, Mat Jenin terjatuh dari pokok kelapa kerana sibuk berangan untuk membina istana (yang mungkin diubahsuai dengan kos RM65 juta).
Kalau Mat Jenin yang dipilih Perdana Menteri, eloklah Umno simpan sahaja Putrajaya, biar rakyat mengambil semula negara mereka.
Cukuplah!

No comments
Post a Comment