Magika Gondol Anugerah Filem Terbaik FFM-23

SHAH ALAM, 25 Okt (Bernama) -- Filem fantasi muzikal, 'Magika', terbitan KRU Studio Sdn Bhd, memenangi anugerah perdana Filem Terbaik pada majlis Anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM-23) di sini Ahad malam.

Filem arahan Edry Abdul Halim itu berjaya menggondol trofi dan hadiah wang tunai RM50,000 serta pengarah itu juga memenangi anugerah Skor Muzik Asal Terbaik.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Deri Dr Rais Yatim menyampaikan anugerah tersebut di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini.

Edry, yang mewakili syarikat itu, yang dikendalikan oleh dua lagi saudaranya -- Norman dan Yusry, mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang memberikan ulasan baik mengenai filem arahan pertamanya itu serta sokongan peminat filem tempatan.

Beliau berkata beliau berada di puncak awangan dengan bantuan "dua sayap" iaitu Norman dan Yusry.

Sementara itu, Syamsul, anak kepada pengarah filem terkenal negara Datuk Yusof Haslam, memenangi anugerah Pengarah Terbaik dengan filem sulungya 'Evolusi KL Drift 2'.

Beliau menerima trofi dan hadiah wang tunai RM20,000.

Dalam nada sebak kerana terharu dengan kemenangannya, Syamsul berkata anugerah ini merupakan pemangkin kepada pengarah muda sepertinya untuk terus berjuang bagi memartabatkan industri filem negara.

Berikut adalah antara pemenang FFM-23:

Filem Terbaik: Magika

Pengarah Terbaik: Syamsul Datuk Yusof Haslam (Evolusi KL Drift 2)

Pelakon Terbaik: Bront Palaras (Belukar)

Pelakon Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan)

Sinematografi Terbaik: Raja Mukhriz Raja Ahmad (Niyang Rapik)

Lakon Layar Terbaik: Jumaatun Azmi (Haq)

Cerita Asal Terbaik: Ahdiat Akashah (Lagenda Budak Setan)

Penyunting Terbaik: Hisham Jupri/Syamsuk Dattuk Yusof Haslam (Evolusi KL Drift 2)

Skor Muzik Asal Terbaik: Edry Abdul Halim

Filem Dokumentari Terbaik: Suatu Ketika: Laskar Seni

Filem Animasi Terbaik: Buas

Filem Pendek Terbaik: Projek Genex

Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Johari Ibrahim

Anugerah Khas Pelakon Wanita: Datuk Sarimah Ahmad

Anugerah Khas Pelakon Veteran Lelaki: Tamam Idris

Anugerah Filem Box-Office: Adnan Sempit

Seniman Dalam Kenangan: Allahyarham Datuk Ahmad Mahmood

Penerima Anugerah Khas Juri: Cinta Ais Kacang

Woo Hoo

Estet

Muallaf

No comments

Powered by Blogger.