Soalan PMR dipertikai

BEBERAPA hari lalu, saya terbaca artikel kiriman seorang pembaca di portal berita maya mengenai kesalahan dalam Kertas 1 Bahasa Melayu Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010.

Dikatakan ada tiga soalan salah dan tidak mempunyai jawapan tepat iaitu soalan 20, 23 dan 27. Analisis yang dilakukan pengirim artikel itu agak terperinci berserta hukum tertentu yang diguna pakai dalam bahasa Melayu.
Hal ini pasti membuka mata banyak pihak khususnya golongan seperti saya yang kurang arif mengenai permasalahan dan hukum nahu dalam bahasa Melayu sendiri.
Click Here
Diharapkan pihak bertanggungjawab daripada Kementerian Pelajaran, Lembaga Peperiksaan, Jawatankuasa Penggubal Soalan PMR atau pakar bahasa Melayu tampil menjelaskan keadaan sebenar berlaku pada Kertas 1 Bahasa Melayu ini.

Mungkin ada fakta lebih tepat untuk diterangkan penggubal soalan yang pasti terdiri daripada bijak bahasa. Isu ini perlu dijernihkan demi menjaga kredibiliti terhadap peperiksaan awam kita.

MOHD SHUKRI HUSSIN,
FELDA Tementi, Pahang.

No comments

Powered by Blogger.