Mbah Maridjan, Seorang Wartawan Antara 29 Terbunuh Dalam Bencana Letupan Gunung Merapi
YOGYAKARTA, 27 Okt (Bernama) -- Jurukunci Merapi Mbah Maridjan dan seorang wartawan portal berita 'Vivanews.com" adalah antara 29 orang disahkan terbunuh dalam kejadian letusan gunung berapi itu pada Selasa.
Mayat Mbah Maridjad ditemui dalam bilik tidurnya dalam keadaan melecur seluruh tubuhnya dan sedang bersujud mengadap kiblat, manakala mayat wartawan tempatan itu serta tiga yang lain lagi juga ditemui di dalam rumah jurukunci merapi itu.
Rumah tersebut musnah sama sekali terkena awan panas debu volkano yang menurunkan hujan abu berkepanasan 600 darjah Selsius itu.
Sejumlah 11 lagi mayat ditemui bergelimpangan di halaman rumah Mbah Maridjan manakala kebanyakan mayat lainnya dijumpai di beberapa rumah di sekitar perkampungan jurukunci Merapi itu di Cangkringan, daerah Sleman, Yogyakarta.
Kebanyakan mayat mereka ditemui dalam keadaan sukar dikenali kerana melecur seluruh tubuh akibat suhu tinggi awan panas debu volkanik itu.
Beberapa hari sebelum ini, Mbah Maridjan dilaporkan memberitahu saudara maranya bahawa beliau tidak akan meninggalkan gunung Merapi kerana memikul amanah sebagai Abdi Dalem Kraton Jogja (menghamba diri kepada Sultan Jogja) sebagai penjaga gunung itu.
Sungguhpun sudah mengambil alih sebagai Jurukunci Merapi sejak awal tahun 1980an, nama Mbah Maridjan hanya menjadi popular semasa bencana letusan Merapi 2006 ketika beliau enggan berpindah meninggalkan rumahnya dengan alasan belum mendapat perintah Sultan Jogja untuk meninggalkan gunung itu.
Ketika itu, katanya, beliau menerima tugas sebagai Jurukunci Merapi dari Almarhum Sultan Hamengku Buwono IX dan belum ada perintah dari sultan sekarang untuk beliau pergi dari situ.
Padahal masa itu Sultan Hamengku Buwono X, yang juga Gabenor Yogyakarta, (anak Sultan Hamengku Buwono IX) sudah mengeluarkan perintah beliau berpindah namun Mbah Maridjan menganggap putera Sultan HB IX itu bukan raja, melainkan hanya seorang gabenor.
Sementara itu, sekumpulan 34 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sebuah institusi agama di Magelang, 15km dari gunung berapi itu beserta 10 yang lain telah dipindahkan oleh para pegawai Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia ke Solo.
Kesemua 44 orang itu yang dibawa dengan dua buah bas dan sebuah kenderaan APV termasuklah dua warganegara Singapura, tiga isteri kepada pelajar dan dua bayi perempuan.
Misi pemindahan itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Datuk Dr Junaidy Abu Bakar dengan dibantu pegawai kedutaan serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia dari Universiti Negeri Surakarta (UNS) 11 Maret, Solo.
Para pelajar sekolah agmaa Sirojul Mukhlasin itu dipindahkan pula dari penempatan sementara malam tadi ke bangunan asrama Universitas Surakarta di Solo dan diselia oleh para pelajar Kedoktoran UNS 11 Maret, yang turut bergotong royong memasak makanan dan mengawasi kesihatan para pelajar terbabit.
Dalam pada itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah membuka Bilik Operasi 24 jam mulai malam tadi bagi menyalurkan maklumat terkini dan melayan pertanyaan dari rakyat Malaysia mengenai letusan Gunung Merapi.
Ketua Canseri, Raja Reza Raja Zaib Shah, berkata bilik gerakan itu memantau perkembangan terkini kejadian bencana itu.
Nombor Talian Bilik Operasi itu adalah seperti berikut:
No. Telefon : 62-21-5224947 (talian am)
No. Telefon : 62-21-5224971 (talian terus)
No. Faks :62-21-5224974

No comments
Post a Comment