32 GRO asing dicekup polis
SEREMBAN – Seramai 32 gadis pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing dicekup polis dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di sini baru-baru ini.
Dalam operasi kira-kira pukul 9.30 malam Jumaat lalu, Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Kuala Lumpur berjaya menahan 25 gadis warga China dan tujuh dari Thailand.
Ketua Operasi D7 Bukit Aman, Asisten Supritendan Khairi Anuar Ruslan yang mengetuai operasi itu berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan pihaknya, seramai 11 anggota polis telah bertindak menyerbu premis berkenaan dan menahan kesemua gadis terbabit.
“Kesemua GRO yang ditahan berusia di antara 20 hingga 30 tahun ditahan ketika sedang melayan pelanggan masing-masing.
“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka menyalahgunakan pas lawatan kerja ke negara ini apabila menjadi pelayan di pusat hiburan terbabit,” katanya di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

No comments
Post a Comment