Mengapa tiada kaedah tangani defisit fiskal
Dzulfikar Mashoor (Harakahdaily)
KUALA LUMPUR, 25 Okt: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Bajet 2010 tidak mampu memacu Program Tranformasi Ekonomi (ETP) kerana tidak menjelaskan kaedah kerajaan untuk menangani defisit fiskal dalam urus tadbir ekonomi negara.
“Atas matlamat mengurang defisit fiskal, nyata bahawa Menteri Kewangan I (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak mensasarkan perbelanjaan untuk mencapai penurunan defisit,” ujarnya ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat, pagi tadi.
Najib, Perdana Menteri turut dikatakan demikian kerana beliau ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hanya memberikan ‘janji manis’ bahawa defisit pada tahun depan akan berkurang 5.4 peratus dari Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
“(Najib berkata) dengan mengambil kira hasil dan perbelanjaan, defisit kerajaan bagi tahun 2011 dijangka terus berkurangan 5.4 peratus dari KDNK berbanding 5.6 (peratus dari KDNK) pada tahun 2010.
“Hanya begitu saja disebut, nyata bahawa Menteri Kewangan I tidak mensasarkan perbelanjaan untuk mencapai pengurangan defisit, janji-janji manis saja,” ujarnya.
Disebabkan itu, katanya para penganalisis umum melihat bajet yang dibentangkan Najib pada 15 Oktober lalu adalah tidak cermat dan tak masuk akal.
Akibat dari urus tadbir ekonomi negara secara pincang, katanya petadbiran Najib, Presiden Umno bakal mengulangi insiden pengucupan pelaburan asing langsung (FDI) ke dalam negara sebanyak 81 peratus dari RM23.47 bilion pada tahun 2008 pada RM4.43 bilion pada tahun 2009 kelak.
Berbeza dengan Singapura, katanya kerajaan tersebut mempunyai kaedah yang jelas untuk mencapai sasaran penurunan defisit 2.6 peratus dari KDNK. Begitu juga dengan Indonesia, katanya kerajaan tersebut mempunyai kaedah yang jelas untuk mencapai sasaran penurunan defisit 1.7 peratus dari KDNK.
“Maka pakar ekonomi dan penganalisis menyindir: ‘supaya jangan hairanlah kalau Malaysia tidak menjadi destinasi pelaburan impian dan terbabit’,” ujarnya.
Difahamkan, belanjawan negara sehingga tahun ini mengalami defisit 14 tahun berturut-turut.
Dalam perkembangan berkaitan, katanya cadangan kerajaan membina transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) bernilai RM40 bilion; Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) bernilai RM26 bilion; menara Warisan Merdeka 100 tingkat bernilai RM5 bilion dan sebagainya adalah ditanggapi para analisis sebagai perbelnjaan ‘off-balance sheet’ yang dijamin kerajaan di segi dana yang dipinjam pihak swasta ini dari pasaran bon atau pasaran kewangan.
Seandainya berlaku apa-apa kegagalan dalam pembayaran hutang atau bon ini, maka ia akan di’bailout’ oleh kerajaan. Maka ia akan melebarkan defisit dan pengurus dana gusar dan tidak menyukai cara pembiayaan kaedah kononnya inisiatif ‘Public-Private Partnership (PPP). Kemasukan FDI akan terus terjejas dan tidak dapat dipulihkan.
Disamping itu juga beliau menempelak Bajet 2011 yang menggunakan kaedah ‘Outcome-Based Budgetting –OBB iaitu merancang mengikut Sasaran atau Matlamat, tetapi jelasnya tersasar dari segi Matlamat menjana ‘Pendapatan Tinggi’. Bajet mengulangi kesilapan pelaburan mega-besar dalam infrastruktur seperti zaman Tun Mahathir dan mengharap menjana pendapatan tinggi. Tegas beliau kalau projek mega boleh menjana pendapatan tinggi, maka rakyat dan negara telah lama mengecapi ‘high income’. Bagaimana pendapatan rakyat sekarang ini?, tanya beliau sinis.
Jelasnya Bajet ini tersasar dari Matlamat ini. Ekonomi berpendapatan tinggi mesti berpaksikan ‘produktiviti’ dan warga kerja yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi. Ini makan masa, kata beliau lagi. Tak boleh macam mee segera
Kata beliau, sebagai kesimpulan, Bajet 2011, bukanlah OBB – bajet berdasarkan Sasaran/Outc ome, tetapi hanya satu lagi Bajet biasa, yang bernafsu tinggi untuk berbelanja besar meskipun terbeban dengan hutang dan defisit yang melebar. Matlamat RMK 10 dan Model Ekonomi Baru tidak digarap dengan baik. Keutamaan Sasaran/Matlamat Bajet pun tidak jelas, tegas beliau.

No comments
Post a Comment