Remy Ishak Akui Pegang Tangan Tiz Zaqyah Di Motor GP Sepang

http://www.ohbulan.com/wp-content/uploads/2010/10/hgdknuxduq.jpg



Al-kisahnya, Remy Ishak mengaku bahawa memang beliau memegang tangan Tiz Zaqyah seperti yang dikhabarkan oleh orang luar yang melihat mereka begitu mesra ketika berlangsungnya Motor GP, Sepang tempoh hari. Lain pula ceritanya di sebelah pihak Tiz Zaqyah, beliau menafikan gossip pegang tangan tersebut. Kami tidak pasti pula bagaimana mereka berdua berpegang tangan, adakah seperti sepasang kekasih atau sekadar pegang lengan.

Persoalan ini terjawab dengan jawapan Remy Ishak yang berkata bahawa suasana yang sesak dan ramai manusia berhimpit-himpit menyebabkan mereka terpaksa berpegang tangan. Besar kemungkinan Remy nak elak terpisah jauh daripada Tiz.

Biasa’lah, mereka berdua kerap bergandingan dalam drama Nur Kasih, kemesraan dalam konteks rakan sudah tentu terjalin rapat. Lagipun Remy cukup gentleman nak hulurkan tangan kepada Tiz Zaqyah sewaktu keadaan sesak, kalau anda pun, anda buat begitu, kan?

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.