Apabila Hata Wahari menuntut kebebasan media
Subky Latif
HATA Wahari, wartawan Utusan Melayu yang menjadi Presiden baru NUJ –Kesatuan Wartawan Nasional – menggemparkan alam kewartawanan dan politik nasional apabila dia menempelak amalan berat sebelah dan putar belit kebanyakan agensi media di negara ini.
Dia benci akan amalan jijik itu. Lalu disarannya supaya dipulihkan amalan kebebasan berakhbar yang menjadi piagam sejagat yang ideal alam kewartawanan.
Banyak reaksi positif terhadap cetusan berani yang seolah-olah menentang arus itu. Keberaniannya dipuji dan itulah yang wajar diperjuangkan oleh semua pengamal dan pencinta demokrasi dan kebebasan bersuara.
Mungkin saya yang terlambat memberi reaksi. Kelambatan itu disebabkan semua reaksi itu adalah selari dengan cita rasa saya, mungkin wajar saya gunakan ruang yang terhad dan berharga untuk isu lain yang juga perlukan perhatian. Tetapi ada yang berpendapat reaksi saya perlu diketahui.
Hata dan NUJ, jika benar anggota NUJ dari berbagai cepal menyokongnya, adalah satu pendirian yang berani dan benar. Ia tidak sekadar satu lontaran perasaan tetapi Hata kelihatan bersungguh untuk merealisasikannya. Syabas dan wajar disokong dengan apa saja cara yang dihalalkan.
Sekalipun suara dari NUJ itu popular tetapi rintangannya banyak. Itulah realiti semua yang dinamakan perjuangan.
Pertama adakah Hata mendapat sokongan sekalian warga bukan eksekutif di tempat kerjanya. Tempat kerjanya itu adalah sarang utama pencabolan keseluruhan etika kewartawanan sejak rampasan kuasa yang disokong kerajaan persekutuan ke atas pengurusan penerbitan itu awal tahun 60an.
Kalau pengasas utama, pengarah urusan pertama yang menghidupkan syarikat penerbitan akhbar Melayu paling tua iaitu Al-Marhum Yusuf Ishak telah dilucutkan jawatannya, maka apa jaminan Hata menjadi petugas yang dihormati oleh syarikat tempat kerjanya?
NUJ adalah kesatuan wartawan yang bukan eksekutif. Mereka adalah pekerja yang tidak berupaya menentukan dasar penerbitan dan tiada kuasa menentukan bahan siaran disiarkan atau tidak. Mereka juga tiada kebebasan menentukan berita disiarkan seperti maksud yang mereka tulis.
Kuasa itu ada pada eksekutif yang tidak boleh menjadi anggota NUJ. Hata, NUJ dan anggotanya harus bersabar atas semua karenah majikan terhadap idealisma NUJ. Hata sudah pun dicabar oleh orang yang tidak lagi bekerja di situ supaya meninggalkan tempat kerja itu jika tidak setuju dengan dasarnya.
NUJ mesti memastikan ia disokong dan dianggotai oleh semua pekerja di tempat kerja masing-masing. Dan suara Hata itu dipertahankan sekalipun Hata tidak lagi bekerja di situ dan tidak lagi memimpin NUJ.
Cita-cita dan amalan kebebasan berakhbar telah wujud sejak penduduk Malaysia mengenali alam persurat-khabaran. Dengan segala tekanan penjajah, ia gagal menyekat amalan kebebasan. Pencabulan piagam itu berjalan serentak dengan monopoli politik di tangan Umno mulai tahun 60an. Lepas itu semua media seolah-olah menjadi satu unit dalam Jabatan Penerangan di samping jabatan itu dan radio serta TV.
Setiap penerbitan dan media berhak menentukan dasarnya dan siapa yang hendak disokongnya. Ia boleh menggunakan kemahiran secara profesional tidak menyokong pihak tertentu atau menyokong. Tetapi tidak memutar belit. Ia wajar melayan sebarang penjelasan dan pembetulan. Jika penjelasan itu negatif mengikut dasar penerbitan itu, ia boleh mengulas secara profesional mengapa penjelasan itu tidak boleh disokong dengan hujah yang kuat.
Apa pun kebebasan itu terletak kepada keterbukaan kerajaan membenarkan penerbitan mana-mana media dengan dasarnya sendiri asal ia ada modal. Pandangan yang berbeza atas setiap perkara oleh media yang berbeza dapat mewujud keadaan yang sebenar.
Ketika saya menentang dalam hati atas pencabutan terhadap etika kewartawanan dan kebebasan media 30 tahun dulu, dan menyedari hak menentukan dasar sendiri oleh setiap penerbitan, tidak banyak yang dapat dibuat untuk mengubah dasar itu dari dalam.
Jalan terbuka bagi memecah kebuntuan kongkongan itu ialah menerbitan akhbar sendiri. Ada sambutan dari masyarakat yang mahukan pandangan kedua.
Tetapi KDN menarik cetak. Apabila wujud beberapa akta tentang penerbitan dan percetakan, ia mematikan minat pelabur dalam industri media. Lalu wujudlah suasana satu aliran bagi semua media sama seperti yang terdapat di negara blok komunis satu masa dulu dan regim fasis.
Sekali pun kelahiran media baru dalam masa sepuluh tahun terakhir ini seperti memecah monopoli pemberitaan dan penyiaran, tetapi ia tidak mencetuskan semangat reformasi dan transformasi terbuka terhadap dunia media.
Kebebasan itu tidak laku kalau ia tidak dikehendaki oleh rakyat. Tiada kerajaan di dunia memberi kebebasan jika ia tidak dikehendaki oleh rakyat. England memberi kebebasan kerana rakyatnya menuntutnya hampir seribu tahun dulu. Jepun dan Amerika membenarkan kerana rakyatnya mahu. Tetapi adakah orang Melayu mahu? Selagi orang Melayu dibelenggu Umno, maka jangan fikir kebebasan itu berlaku.
Setiap kali suara kebebasan disuarakan, reaksi pemimpin Umno ialah mana ada kebebasan seratus peratus? Itulah reaksi Dr. Mahathir dan Muhyiddin atas suara Hata dan NUJ. Mereka mendakwa, mereka tidak menentang kebebasan. Tetapi apabila ada tetapi kepada kebebasan itu, maka ia tanda ketakutannya kepada kebebasan itu. Ia seperti hujah penjajah kepada tuntutan kemerdekaan. Kemerdekaan tidak bererti merdeka segala-galanya. Ia adalah dalih menyangka rakyat bodoh sangat tentang kebebasan dan kemerdekaan.
Hata boleh memulakan kesedaran kepada rakyat menuntut kebebasan itu. Hata mesti faham tuntutan itu tidak diberi Umno kalau tidak dituntut rakyat. Umno tidak dapat halang kalau rakyat bangun menuntutnya.
Wartawan Islam mencontohi ketepatan rawi Abu Hurairah r.a. malaporkan semua hadis yang didengarnya dari Rasulullah SAW dan menjadikannya sebagai model pemberita yang tepat dan sahih. Wartawan juga mesti mencontohi Imam Bukhari dalam mengumpul hadis yang sahih. Setiap hadis yang dirawinya adalah sahih.
Beliaulah contoh wartawan investigatif yang ulong dan pertama di dunia pemberitaan. Beliau tidak mengambil mana-mana hadis yang ada keraguan.

No comments
Post a Comment