Media salah lapor Selangor "hilang" RM977.70 juta

Oleh Fazy Sahir

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan laporan berhubung wang Kerajaan Negeri berjumlah RM977.70 juta yang ‘hilang’ dalam tempoh enam hingga tujuh bulan itu sebagai tidak benar dan bermotifkan politik.

Menurut beliau, laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 dengan jelas menyatakan masalah itu wujud sejak tujuh tahun lalu dan bukan seperti dilaporkan oleh akhbar berbahasa Inggeris itu semalam.

"Laporan ini boleh dianggap sebagai laporan nakal yang bermotifkan politik. Ini kerana laporan audit dengan jelas menyatakan masalah ini berlaku sejak tujuh tahun yang lepas, bukan enam hingga tujuh bulan lepas seperti yang dilaporkan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini hari ini.

Katanya, sejak 2002 lalu Selangor telah gagal menyesuaikan (reconcile) urusniaga iaitu urusniaga tertunggak dalam penyata bank kerajaan negeri.

Sehingga 2009, urusniaga yang telah gagal disesuaikan itu berjumlah RM977.70 juta dan melalui pecahan membabitkan tahun 2002-2003 sebanyak (RM126 juta), 2004 (RM327 juta), 2005 (RM82 juta), 2006 (RM278 juta), 2007 (RM48 juta) 2008 (RM61 juta) dan RM56 juta pada 2009.

Pihaknya juga menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas bagi menangani masalah semua urusniaga dan pungutan hasil supaya dapat disesuaikan dengan kedudukan semasa.

Menerusi jawatankuasa itu, masalah nombor urusniaga pembayaran dan pungutan hasil dapat diselesaikan.

"Hasilnya sejumlah RM770.85 juta telah diselaraskan sehingga 26 Oktober 2010. Baki RM206.36 juta akan disemak dari semasa ke semasa dan dijangka dibuat secara total pada tahun kewangan berakhir 31 Disember ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

85% hutang air

Sementara itu, menurut Khalid lebih 85 peratus atau RM705 juta daripada jumlah hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat melibatkan hutang air.

Hutang itu sepatutnya dibayar Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) seperti dipersetujui dalam perjanjian penswastaan bekalan air Selangor.

"Perjanjian ini seperti dipersetujui Syabas, kerajaan negeri dan Persekutuan apabila perkhidmatan air diambil alih oleh Syabas daripada Perbadanan Urus Air Selangor (Puas) pada 2003.

"Oleh itu pembayaran air ini tidak timbul dan perkara itu telah dipersetujui oleh pihak Audit Negara," katanya.

Pihaknya mendapati rekod aset loji pembekalan dan loji pengagihan air tidak lengkap malah tertinggal dalam rekod milikan kerajaan negeri.

Nilai aset air

Katanya, dalam rekod pengesahan nilai aset air adalah hanya RM1 bilion sedangkan pakar perunding yang dilantik kerajaan negeri mengenalpasti sebaliknya.

"Pakar perunding yang dilantik kerajaan negeri telah mengenalpasti aset air dimiliki kerajaan negeri bernilai RM10.98 bilion melebihi RM9 bilion dari rekod asal.

Menurutnya lagi, jika kerajaan negeri mengambil alih pengurusan air dan menyerahkan aset ini kepada Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) yang ditubuhkan dibawah Akta Industri Air (WSIA), Selangor bukan sahaja dapat melangsaikan hutang itu, malah dapat menambah milikan lebih RM9 bilion.

Sehingga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 lalu, rezab kerajaan negeri meningkat dan tidak berada dalam kedudukan negatif.

Menerusi laporan Ketua Audit Negara tahun 2009, lebihan pendapatan Selangor yang direkodkan pada tahun 2009, mengalami defisit sehingga RM65.96 juta.

Namun pada Jun 2010 sebaliknya berlaku apabila Selangor mencatatkan lebihan pendapatan RM268.18 juta, iaitu yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

2 comments

nanimanutd said...

Jika Kerajaan Negeri Selangor dikatakan berada dalam pihak yang betul, tolong saman je akhbar berbahasa Inggeris tu. Tak perlu berdalih-dalih. Inilah akibat kelemahan dan kelembaban MB.

Satu lagi, rakyat perlu tahu betulkah 85% hutang tersebut adalah mengenai air. Tunjukkan bukti yang sebenar di akhbar. Knp tak tunjukkan? Adakah ia diclassified as OSA?

dark said...

TAK ABIS-ABIS KHALID MAHU SALAHKAN SYABAS. MEMANG BETUL DENDAM KESUMAT! COME ON KHALID, U HAVE BEEN MANIPULATED BY CERTAIN PARTY IN UR CAMP.

GENERAL AUDITOR REPORT PUN U NAK SCREW..MCM NI, U MUST SHOW UR EXIT PLAN WHAT IF SYABAS CONTROLLED BY STATE GOVT? THE TARIFF, MAINTENANCE, WHO'LL ADMIN AND ETC.

I WONDER, NORMALLY A LEADER-BASED CORPORATE MORE PREFER TO CONTROL ALL OVER THE THINGS.

I ADVISE SPYA STATE GOVT SETTLE DULU ISU CORRUPTION DI KLANG MUNICIPAL COUNCIL. U SWEPT THE ISSUE UNDER THE CARPET.

Powered by Blogger.