‘First Lady’ wajar contohi Siti Zubaidah
Oleh LanH
Ketika seruan berjimat cermat bergema pada Belanjawan 2011, kita terpanggil untuk mengulas perjalanan The First Ladies Summit (Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama) apabila melihat ribuan banting mengalu-alukan peserta sidang pada hampir tiap tiang lampu pada kedua-dua laluan di sepanjang lebuh raya dari pusat ibu kota Kuala Lumpur hinggalah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Jika kos sebuah banting RM100, bayangkan berapa banyak wang dilaburkan semata-mata untuk menjamu mata pengguna lebuh raya.
Kemungkinan besar 15 ‘first ladies’ dan perwakilan mereka tidak langsung mengendahkan banting berwarna merah jambu itu yang relevan untuk beberapa hari saja.
Berdasarkan ini, kita boleh mengagak berapa banyak wang negara dibelanjakan untuk menjayakan The First Ladies Summit itu yang temanya adalah berkaitan kebajikan dan masa depan kanak-kanak.
Alangkah baiknya jika RM100 yang dihabiskan untuk ‘memberi makan’ kepada tiang lampu tidak bernyawa itu dibelanjakan untuk menampung makan 10 orang kanak-kanak miskin jika seorang diperuntukkan RM10. Tentunya adalah lebih berfaedah memberi makan 1,000 kanak-kanak dengan kos RM100,000 daripada ‘memberi makan’ kepada 1,000 tiang tidak bernyawa!
Berdasarkan ini, kita mengharapkan sesiapa pun yang mendakwa sebagai wanita pertama, supaya menjenguk kisah-kisah teladan wanita pertama masa lampau untuk dijadikan iktibar dalam mengharungi hidup sebagai suri ketua negara atau kerajaan. Kita akan membawakan dua watak saja iaitu Siti Zubaidah binti Jaafar iaitu permaisuri kepada Khalifah Bani Abasiyah paling hebat, Harun Al-Rashid dan Siti Zubaidah permaisuri kepada Sultan Zainal Abidin dari kerajaan Kembayat Negara bagi menjadi contoh mithali wanita pertama di Alam Melayu.
Siti Zubaidah Jaafar sekalipun begitu kaya raya, telah membelanjakan sebahagian besar wang beliau sendiri untuk membiayai projek-projek berkepentingan rakyat, yang paling masyhur adalah ‘Ain Zubaidah, sebuah terusan paling hebat pada zamannya bagi mengalirkan air ratusan batu jauhnya dari gunung-gunung yang mempunyai mata air di Makkah (ada mencatatkannya dari Taif) bagi kemudahan jemaah haji di Mina dan Arafah. Ahli sejarah mencatatkan kos pembinaan terusan itu adalah 1,700,000 dinar. Sekalipun dibina 1,400 tahun lalu, terusan itu masih boleh dilihat.
Selain itu Siti Zubaidah juga telah mengeluarkan belanja yang sangat besar bagi memperbaiki jalan di antara Baghdad ke Makkah. Di sepanjang jalan dibina perigi-perigi dan rumah-rumah persinggahan untuk memudahkan orang ramai terutama jemaah haji dan ahli peniagaan. Di Baghdad sendiri terdapat sebuah masjid terkenal dan dinamakan Masjid Siti Zubaidah kerana dialah yang bertanggungjawab membinanya.
Tentunya dunia Islam tidak mengingati Siti Zubaidah sebagai wanita pertama kerana dia isteri khalifah tetapi jasa-jasa besar yang ditinggalkannya kepada rakyat. Ahli sejarah mengungkapkan walaupun hidupnya dilimpahi kekayaan, wanita ini sentiasa memastikan dia tidak termakan dengan pujukan syaitan. Dia beranggapan kekayaan di dunia cuma sementara dan sekiranya dilaburkan mengikut cara yang betul akan mendapat keberkatan di akhirat kelak, manakala kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal, indah dan terlalu manis. Keindahan dan kemanisan itulah yang dicarinya, bukan mengejar glamor dan kemasyhuran dunia.
Sementara itu Siti Zubaidah alam Melayu melalui Syiar Siti Zubaidah pula memaparkan perjuangan permaisuri seorang raja (tentunya dia wanita pertama) untuk membebaskan suaminya daripada cengkaman musuh. Siti Zubaidah sanggup menyamar sebagai pahlawan lelaki dan dalam perjuangannya menghadapi pelbagai penderitaan tetapi berkat kesabaran akhirnya suaminya dapat dibebaskan.
Jelaslah kepada kita bahawa kedua-dua Siti Zubaidah adalah ikon yang sewajarnya menjadi teladan bukan saja kepada ‘First Lady’ tetapi juga semua wanita terutama yang berstatus isteri. Kedua-duanya bersemangat kental bagi meraih bahagia dunia dan akhirat.

No comments
Post a Comment