Golongan kaya raya beli jongkong emas

WASHINGTON: Golongan terkaya di dunia mengikis rasa bimbang dengan situasi ekonomi yang suram dengan membeli emas – dalam bentuk jongkong emas – berjumlah bertan-tan dan memindah aset mereka dari sistem kewangan.

Bimbang terhadap kemungkinan kejunaman ekonomi berganda (double dip recession) meningkatkan minat mereka kepada jongkong emas dan saham-saham syarikat perlombongan dan pertukaran dana niaga (ETF), kata Eksekutif UBS Josef Stadler kepada Sidang Kemuncak Global Swasta Reuters.

Mereka bukan sahaja membeli ETF tetapi mereka membeli jongkong emas," kata Stadler, yang menawarkan perkhidmatan bank Switzerland untuk para pelanggan yang mempunyai aset sekurang-kurangnya US$50 juta untuk melabur.

UBS menasihati para pelanggan berprofil tinggi ini supaya memegang 7-10% aset mereka dalam bentuk emas, yang boleh mendatangkan hasil 10% setahun dan diurusniaga pada sekitar US$1,314.50 satu aun hari Isnin.

"Kami mempunyai contoh sepasang suami isteri membeli lebih satu tan emas …… dan membawanya ke tempat lain," kata Stadler. "Pada harga hari ini, pemindahan melalui kapal mencecah nilai US$42 juta."

Ketua Pegawai Pelaburan UBS untuk Asia Julius Baer juga menyarankan golongan kaya menyimpan sebahagian aset mereka dalam bentuk jongkong emas sebagai mengekalkan nilai dolar berikutan kebimbangan tentang kelemahan mata wang.

"Saya lihat emas sebagai insuran," kata Van Anantha-Nageswaran. "Saya mencadangkan 10% minimum dalam portfolio dan selebihnya digunakan untuk urusniaga."

- Reuters

No comments

Powered by Blogger.