Kenapa Khalid Ibrahim batal bertanding?
Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan, beliau membatalkan hasratnya bertanding jawatan timbalan presiden PKR kerana yakin objektifnya bagi menguatkan muafakat parti dan mempromosikan budaya politik yang sihat boleh direalisasikan tanpa jawatan kanan dalam parti itu.
Menteri Besar Selangor itu berkata, memandangkan pilihan raya umum akan datang tidak lama lagi, menjadi tugas pertama baginya untuk menjadikan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu sebagai contoh kerajaan dinamik, berprinsip dan berpaksikan kebajikan rakyat.
"Dengan membina keyakinan ini dalam minda rakyat, kita akan lebih dekat kepada hasrat kita untuk menyebarkan semangat reformasi sehingga ke Putrajaya," katanya yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak dan ADUN Ijok.
Menurutnya, keputusan itu juga dibuat setelah berbincang dengan anggota jawatankuasa khas yang dibentuk dan setiausaha politiknya Faekah Husin.
Semalam, Khalid dan 'Puteri Reformasi' Nurul Izzah Anwar yang sebelum ini disebut-sebut akan bertanding jawatan timbalan presiden tidak berbuat demikian.
Kerusi itu akhirnya menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara dua naib presiden - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub - serta pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim.
Dalam satu kenyataan hari ini, Khalid juga berkata, menjadi tugasnya untuk memastikan bahawa Selangor dikekalkan sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat.
"Satu lagi faktor terhadap keputusan saya adalah fokus besar terhadap Lembah Klang dalam belanjawan yang baru diumumkan. Projek 'Greater Kuala Lumpur' melibatkan projek berbilion-bilion ringgit, dan kerajaan Selangor mesti memainkan peranan yang besar dalam memastikan projek-projek ini dikendalikan dengan cekap dan telus," katanya.
Menurut Khalid, demi menjamin kepentingan rakyat, kerajaan Selangor akan memantau dan meneliti semua projek ini, khususnya berkaitan proses tender dalam pembinaan infrastruktur pengangkutan awam.
Yakin dengan kebolehan calon yang menerima pencalonan, Khalid berharap semua mereka akan mengamalkan kempen yang berasaskan budaya politik sihat yang wajar bagi bakal pemimpin negara.

No comments
Post a Comment