Keputusan mahkamah beri laluan Liverpool dijual
LONDON: Liverpool semalam kian hampir dijual apabila seorang hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang tidak menyebelahi pemilik warga Amerika Syarikat kelab itu yang tidak popular.
Keputusan itu juga memberi lampu hijau kepada lembaga Liverpool bagi merundingkan satu persetujuan penjualan.
Perebutan bagi memiliki antara kelab paling popular di dunia itu berakhir di mahkamah selepas pemilik Encik Tom Hicks dan Encik George Gillett, cuba memecat anggota lembaga kelab minggu lalu dalam usaha terakhir untuk terus menguasainya.
Lembaga tersebut sedang dalam proses mencapai persetujuan menjual Liverpool kepada New England Sports Ventures (NESV) pada harga £300 juta ($623 juta), sebelum 15 Oktober bagi melunaskan lebih £200 juta hutang mereka.
NESV adalah pemilik Boston Red Sox.
Hakim Christopher Floyd memberitahu mahkamah yang sesak bahawa Encik Hicks dan Encik Gillett 'jelas telah melakukan pelanggaran' dari segi undang-undang pengawalan korporat dan usaha mereka untuk memecat lembaga.
Lembaga Liverpool, termasuk Encik Gillett dan Encik Hicks, dijadualkan bertemu lewat semalam bagi menimbangkan langkah selanjutnya.
Hakim Floyd berkata, mereka berhak hadir tetapi bukan untuk menolak sebarang penjualan.
Jika mereka terlepas tarikh pembayaran hutang kepada pemberi hutang utama, Royal Bank of Scotland, kelab itu boleh diletakkan di bawah pentadbiran dan dikenakan sembilan potongan mata.
Para peguam Encik Hicks dan Encik Gillett telah mengaku di mahkamah yang sama sesak di London kelmarin bahawa kedua-dua pemilik kelab itu telah melanggar kontrak mereka dengan RBS dengan cuba mengubah anggota lembaga kerana terpaksa sebab para anggota tersebut enggan menimbangkan tawaran lain.
Kedua-duanya berhujah bahawa mereka harus diberikan lebih banyak masa bagi mencari tawaran yang lebih baik.
Tawaran kedua yang lebih tinggi muncul kelmarin apabila ahli perniagaan Singapura, Encik Peter Lim, berkata beliau sedia menawarkan £320 juta untuk kelab itu.
Para peguam Encik Hicks dan Encik Gillett juga memberitahu mahkamah, satu kumpulan ketiga, Mill Financial, juga telah menunjukkan minat pada kelab tersebut.
Sementara itu, Encik Lim semalam mengeluarkan kenyataan mengalu-alukan keputusan mahkamah. Beliau berkata: 'Saya mengalu-alukan keputusan mahkamah. Kini keadaannya sudah membolehkan lembaga untuk menjual kelab itu.
'Saya telah membuat tawaran kepada lembaga dan percaya pemilikan saya merupakan pilihan terbaik bagi masa depan kelab dan penyokongnya.'

No comments
Post a Comment