Kontroversi Pemindahan Kuil Selesai
SHAH ALAM, 19 Okt – Kontroversi pemindahan kuil di Seksyen 23 Shah Alam yang berlarutan selama lebih setahun, kini dianggap selesai dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk menempatkan rumah ibadat itu di lokasi perindustrian bagi mengambil kira kepentingan semua pihak.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan semua pihak termasuk pengurusan kuil Sri Maha Mariaman.
Menurut Rodziah, dalam mesyuarat semalam, keputusan dibuat bahawa kuil tersebut akan dipindahkan ke Seksyen 23.
Katanya, pihak pengurusan kuil juga bersetuju dengan keputusan ini dan diharap semua pihak termasuk penduduk di Seksyen 19 dapat menerima keputusan ini.
Beliau berkata demikian kepada portal The Malaysian Insider.
Pada September tahun lalu, keputusan Kerajaan Negeri Selangor mengalihkan kuil tersebut dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 yang majoriti penduduknya beragama Islam, dibantah penduduk kawasan tersebut.
Sebaliknya, mereka mahu supaya tapak kuil itu dialihkan ke kawasan tapak cadangan asal, iaitu di Seksyen 22
Tapak kuil di kawasan perindustrian jauh dari perumahan. Ihsan: http://yasirtamizi.blogspot.com
“Ini penting supaya mereka tahu apa status dalam isu ini (kuil),” kata Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga.
Difahamkan pembinaan kuil tersebut dibina di kawasan perindustrian di Seksyen 23, bukan berdekatan kawasan perumahan.
Sebelum ini keputusan yang diambil kerajaan negeri itu mendapat bantahan penduduk setempat, malah mereka juga menghina, menghasut dan menimbulkan kemarahan di kalangan penganut agama lain dengan membawa kepala lembu sebagai bantahan membantah pembinaan kuil tersebut di Seksyen 23.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, keputusan itu adalah jalan terbaik memandangkan kuil tersebut terletak kira-kira setengah kilometer dari kawasan perumahan terdekat.

No comments
Post a Comment