Manifesto Menuju Putrajaya dan Azmin Ali
Oleh Khalid Jaafar
Manifesto Reformasi Menuju Putrajaya secara ringkasnya boleh dipanggil sebagai Manifesto 3M, kerana ia mengandungi tiga ikrar Azmin Ali. Pertama: Menggilap Idealisme; Kedua: Memupuk Kesetiaan; dan Ketiga: Memperkasa Organisasi.
Ikrar 3M mengandungi iltizam YB Azmin Ali sekiranya dilaksanakan Reformasi,insya Allah, pasti berada di Putrajaya selepas PRU13.
Melalui M yang pertama: Idealisme, cita-cita perjuangan murni, gagasan Reformasi, akan kembali menyala dalam Keadilan. Tanpa idealisme perjuangan politik akan menjadi wahana atau perjuangan untuk pangkat dan kepentingan diri. Politik akan jatuh menjadi “low-morale and uncharismatic profession.” Kata-kata hikmat dan amaran ini disebuat oleh Anwar Ibrahim di New York ketika beliau berumur 20an.
Azmin Ali tidak mahu membawa gagasan baru. KEADILAN sudah cukup gagasan-gagasan besar dan mendahului zaman, gagasan dan visi yang telah dirumuskankan oleh Anwar Ibrahim dalam bukunya Gelombang Kebangkitan Asia dan ucapan-ucapan beliau di seluruh negara dan seantero dunia. Maka tugas Azmin adalah sebagai penggilap idealisme tersebut supaya tidak dilupakan dan sentiasa segar dalam setiap benak anggota parti, lama dan baru.
Sebagai pemimpin parti Azmin amat memberikan perhatian kepada persoalan kesetiaan. Bahkan kesetiaan itu merupakan “trademark” kepada diri beliau sendiri. Kita boleh memberikan gelaran “loyalis nombor wahid”, “loyalist number one” kepada beliau.
Pada ketika yang sama Azmin juga seorang demokrat. Dan pada beliau tidak ada pertentangan antara kesetiaan dengan kebebasan seorang demokrat. Bahkan beliau mentafsirkan kebebasan dengan konsep “ikhtiyar” dalam Islam. Kebebasan dan pilihan adalah semata-mata untuk melakukan yang terbaik.
Kebebasan adalah untuk memperkukuhkan parti, kebebasan bukan untuk melemahkan atau melakukan porak peranda dalam parti. Azmin melalui manifesto ini, melalui program memupuk kesetian mengajak kita meleburkan egoisme dan tabiat bertindak sendiri tanpa mempertimbangkan kepentingan parti.
M yang ketiga adalah Memperkasa Organisasi. Dalam PRU13 kita sekali lagi akan bertemu “the unbeatable enemy” -Umno dan Barisan Nasional. Kita tidak mungkin menumpaskan Umno-BN, kita tidak mungkin membawa Reformasi ke Putrajaya tanpa mempunyai organisasi yang kuat dan sakti. Untuk mencipta kekuatan dan kesaktian organisasi Azmin adalah orangnya untuk tugas tersebut.
Bagi KEADILAN Azmin “is THE organization man.” Beliau adalah manusia dan insan organisasi. Keadilan mempunyai idea dan gagasan yang mendahului zaman. Tetapi visi dan gagasan tersebut hanya akan menjadi kenyataan sekiranya kita mempunyai organisasi yang sakti.
Bagaimana menjadikan Keadilan sebagai parti politik yang memiliki kesaktian kalau kesaktian itu tidak ada pada setiap anggotanya. Di sini Azmin mempunyai agenda parti politik yang jelas. Beliau menegaskan sesuatu yang belum pernah disebut oleh mana-mana pemimpin politik Malaysia. Azmin mahu menjadikan, beliau mahu mencipta Keadilan sebagai wahana pendidikan dan Pencerahan politik.
Political party as a vehicle for political education and political enlightenment is a totally new concept in Malaysia. Parti politik sering dilihat sebagai alat atau wahana untuk merebut kekuasaan. Tetapi Azmin mengemukakan gagasan parti politik sebagai wahana pendidikan dan pencerahan.
Malaysia amat memerlukan Pencerahan kerana Putrajaya kita dikuasai oleh “unenlightened mind”, mereka yang berminda gelap dan melaksanakan politik gelap, justeru itu Malaysia belum pernah menjadi sebuah negara demokratik dengan pengertian sebenarnya.
Agenda pencerahan politik Azmin adalah agenda Malaysia, bukan agenda semenanjung. Justeru itu beliau memasukkan AGENDA BORNEO sebahagian dari manifesto beliau. Dan segala isi manfesto ini, agenda 3M, akan dirangkum bersama dengan Pakatan Rakyat.
PRU13 akan menjadi penentu sejarah politik Malaysia. Ia laksana Kurusetre, dalam epik dan kisah agong purbakala India, perang penentuan antara para Pandawa yang memperjuang kebenaran, dharma dan keadilan, melawan para Kurawa yang merosakan kebenaran dan dharma.
Dalam perang sengit tersebut tentera Pandawa memiliki penasihat yang bersama Krishna, orang yang sentiasa menasihati dan memberikan gagasan dan matlamat perjuangan. Maka Keadilan memiliki Anwar Ibrahim, ketua umum, yang merupakan personafikasi peranan Krishna dalam KEADILAN.
Para Pandawa mempunyai seorang ibu yang bernama Kunti, ibu yang meredakan ketegangan sesama Pandawa, ibu yang memberikan ketenangan dan keharmonian di saat-saat gelap dan menyedihkan. Maka Keadilan mempunyai ibu sejak kelahiran hingga kita, dalam kesusahan dan kegembiraan iatu presiden yang kita sayangi Datuk Seri Wan Azizah.
Dalam peperangan tentera memerlukan seorang jendral dan strategis. Para Pandawa mempunyai jendralnya yang bernama Arjuna. Arjuna KEADILAN yang menjadi jenderal yang akan memimpin kita dalam PRU13, Kurusetre politik Malaysia, tidak lain dan tidak bukan adalah Azmin Ali.
Bukan sekadar seorang jendral, beliau juga seorang strategis, yang mempunyak kecekapan dan kelincahan seperti Zhuge Liang, strategis politik China dalam kisah The Romance of Three Kingdom – San Guo Yan Yik.
Maka saya mempersembahkan kepada tuan-tuan, bala tentera Keadilan, tentera Pandawa Malaysia, agenda 3M, Manifesto Reformasi Menuju Putrajaya.
Khalid Jaafar membaca ulasan terhadap Manifesto Menuju Putrajaya ini pada tanggal 16 Oktober 2010 di Majlis Penerimaan Pencalonan dan Pelancaran Manifesto YB Azmin Ali yang diadakan di Dewan Sivik, Petaling Jaya.

No comments
Post a Comment