Nicol Akhirnya Tawan Emas Sukan Komanwel
Oleh P. Vijian
NEW DELHI, 9 Okt (Bernama) -- Juara dunia Datuk Nicol Ann David akhirnya merangkul pingat emas sulungnya dalam Sukan Komanwel selepas menewaskan musuh ketat Jenny Duncalf dari England pada perlawanan akhir skuasy wanita di sini Jumaat malam.
Selepas gagal pada edisi lepas di Melbourne, Australia, pada 2006, Nicol dengan mudah mengatasi Duncalf 11-3, 11-5, 11-7 untuk merangkul gelaran perseorangan itu di Kompleks Sukan Sri Fort di sini.
Nicol, 27, menunjukkan persembahan mantap dan bertenaga sepanjang perlawanan untuk merangkul satu-satunya gelaran yang tidak pernah dimenanginya sejak menjadi pemain profesional pada tahun 2000.
Pemain Austrlia Kasey Brown pula meraih pingat gangsa selepas pemain pilihan ketiga Alison Waters dari England menarik diri dari perlawanan menentukan tempat ketiga akibat kecederaan.

No comments
Post a Comment