Warkah untuk Umno
Oleh Loyar Muda
Salam hormat saya tujukan kepada sebuah parti yang telah berkhidmat untuk negara selama 64 tahun lamanya. Sesungguhnya kewujudan Umno telah banyak mengubah landskap kehidupan rakyat Malaysia sejak 1946 sehingga 2010.
Banyak perubahan baik dari segi politik,ekonomi dan sosial telah dikecapi oleh kita semua lantaran khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Umno. Parti ini, akan terus diingati dalam sejarah Malaysia sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab merintis kemerdekaan dan mentadbir negara sehingga ke hari ini.
Saya terpanggil menulis warkah ini atas satu pendirian yakni sebagai seorang generasi muda yang melihat betapa parti ini sedang menempuh satu keadaan yang sangat mencabar, satu masa yang menuntut perubahan secara total dan tiada masa untuk menangguhkan perubahan tersebut.
Kerap kali idea-idea bernas dan baru dilontarkan dalam Perhimpunan Agung Umno dan kerap kali itu jugalah idea tersebut terbiar begitu sahaja. Tidak dituai dan disirami agar bercambah dan dapat dinikmati bersama.
Perhimpunan tahun ini adalah satu perhimpunan yang sangat unik kerana dari akar umbi hingga ke pucuk pimpinan semuanya melontarkan keperluan bahawa Umno harus diubah untuk kekal segar dan relevan.
Justeru niat warkah ini ditulis adalah untuk berkongsi serba sedikit apa yang dilihat dari kacamata generasi muda yang bakal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam pilihanraya akan datang.
Mungkin apa yang saya katakan ini hanyalah mewakili diri saya semata, barangkali tidak ada generasi muda yang lain bersetuju dengan pandangan saya ini tetapi dalam menghadapi masa depan yang semakin tiada kepastian, Umno tidak boleh berdiri dan terus memainkan isu-isu yang sudah lapuk ditelan zaman.
Maafkan saya kerana sikap skeptikal masih menebal dalam diri saya apabila Umno katanya mahu berubah. Benarkah anda akan berubah? Benarkah Umno bersedia untuk berubah supaya kekal relevan dan menjadi pilihan rakyat?
Apa yang dilaungkan sama seperti dahulu. Tiada pendekatan baru yang diambil. Tiada pembaharuan yang dilontarkan. Masih lagi sekitar isu dan permainan politik yang serupa dimainkan sejak dahulu. Hak dan kepentingan kaum terus-menerus dijadikan intipati utama dengan harapan mendapatkan semula undi yang telah hilang dalam pilihanraya yang lepas.
Bukankah hak dan kepentingan kaum ini sudah pun dipersetujui bersama dalam Perlembagaan Persekutuan? Bukankah Perlembagaan Persekutuan telahpun menjadi pelindung, pembela dan penjaga hak dan kepentingan semua kaum di negara ini?
Apakah relevan kiranya Umno terus melaungkan slogan bahawa dialah yang akan membela dan mempertahankan hak kaum Melayu dengan tidak meminggirkan hak kaum bukan Melayu?
Kenapakah masih perlu berdiri di atas retorik yang sama sedangkan rakyat semakin hari semakin mengetahui bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah penjaga sebenar hak tersebut? Bahkan dalam Perlembagaan sendiri telah menetapkan bahawa Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja akan menjaga, melindungi dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu di samping hak kerakyatan bukan Melayu? Kenapa slogan yang sama perlu bergema sekali lagi di PWTC? Inikah pembaharuan yang dijanjikan Umno?
Dalam pandangan saya yang masih tidak cukup garam ini, haruslah diketahui bahawa bukanlah masanya lagi untuk melaungkan slogan yang sama. Inilah masanya untuk mendidik, memberitahu dan menjelaskankedudukan sebenar hak dan kepentingan kaum di negara ini. Implementasikan apa yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan dalam dasar dan rancangan kerajaan.
Sudah tiba masanya Umno bergerak dan berubah secara keseluruhan agar tidak dilihat hanya cakap tetapi tak serupa bikin. Jika Umno benar-benar mahu kekal relevan dan segar di hati pengundi, maka hentikan polemik isu-isu sebegini.
Cukuplah permainan yang hanya sekitar hak dan kepentingan kaum semata. Begitu banyak isu lain yang harus dihadapi oleh Umno terutamanya dari soal integriti, tanggungjawab, rasuah, elitism dan mendekati pengundi muda. Janganlah hanya bersorak mahu kekal relevan akan tetapi tidak menyedari apa yang perlu diubah untuk kekal relevan.
Berapa ramai yang sudah terlepas daripada hukuman rasuah sehingga berjaya menjawat jawatan penting dalam parti?
Berapa banyak program-program mendekati pengundi muda telah dijalankan oleh Umno?
Sejauh mana keterbukaan Umno dalam menerima suara orang muda dan mendengar masalah mereka?
Berapa banyak janji-janji Ahli Parlimen Umno yang telah ditunaikan sejak pilihanraya 2008?
Umno harus bersikap realistik dan berani menerima kenyataan bahawa masih banyak lagi yang perlu dilakukan daripada terus ghairah membuat spekulasi bilakah pilihanraya umum akan diadakan. Bersiaplah melaksanakan program-program diskusi ilmiah dan tunjukkan keterbukaan dalam menerima idea dan konsep baru dari pelbagai pihak terutama daripada generasi muda.
Ketua Pemuda telah menyenaraikan 10 sikap yang perlu dibuang oleh Umno. Kebanyakan sikap-sikap tersebut ibarat terkena muka sendiri cuma yang tak dimasukkan sekali ialah “Jangan merasuah untuk dapat kedudukan.”
Ketua Wanita Umno berkata tiba masa untuk keluar dari zon selesa. Kalau begitu, mengapa tidak dicadangkan pelan baru untuk ekonomi negara? Mengapa tidak dilaungkan bahawa kaum Melayu tidak lagi memerlukan tongkat 30 peratus DEB?
Kenapa tidak beritahu kepada rakyat bahawa 30 peratus tersebut tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Yang ada hanyalah “mengikut apa yang difikirkan munasabah oleh baginda Yang Di-Pertuan Agong” bukanlah “ mengikut apa yang difikirkan munasabah oleh Perkasa dan Umno”.
Maaf jika apa yang saya tuliskan ini menimbulkan kemarahan dan terbitnya perkataan pengkhianat bangsa kepada saya. Sungguh saya juga tidak mahu melihat kaum Melayu akan meminta-minta dan mundur tetapi itu terjadi bukanlah kerana hilangnya status quo dan keistimewaan yang selama ini telah dinikmati akan tetapi terjadinya kaum Melayu sebegitu kerana ketakutan untuk berubah dan keluar dari zon selesa.
Di saat dunia semakin berubah dengan pantas, kita masih lagi selesa dan tidak ikut serta dalam perubahan tersebut. Bagaimana mungkin kita akan berubah jika hanya terus menerus di dalam rumah dan tidak melihat keadaan sekeliling yang semakin hari semakin berubah? Maka adalah baiknya juga kita merenungkan kata Neale Donald Walsch “Life begins at the end of your comfort zone”.
Umno hanya perlu mengubah cara pendekatan kerana itu sahajalah yang sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia amnya. Janganlah hanya mengingatkan rakyat bahawasanya Umno telah berjasa membawa kemerdekaan negara maka undi haruslah berpihak kepada Umno kerana sudahpun terjadi di Jepun bagaimana sebuah parti yang telah mentadbir Jepun sejak awal kemerdekaan akhirnya tumbang.
Kalau mahu timbulkan isu berterima kasih atau bersyukur, maka Umno juga perlu ingat bahawa rakyat juga perlu menerima ucapan terima kasih daripada Umno kerana tanpa undian rakyat, Umno tidak akan memimpin Malaysia selama 53 tahun merdeka.
Saya doakan Umno akan terus berubah demi mengekalkan kesegaran dan relevan kepada rakyat. Apa yang relevan pada tahun 1946 mungkin sudah tidak relevan pada tahun 2010. Pendekatan yang diambil pada tahun 1946 tidak mungkin munasabah untuk digunakan pada tahun 2010.
Walaupun azimat “dulu,kini dan selamanya” membawa pengertian bahawa Umno kekal relevan dan diterima rakyat tetapi azimat itu tidak bererti bahawa Umno perlu dulu,kini dan selamanya mendendangkan isu yang sama,memalukan gendang retorik dan menyediakan sajian politik yang sama sejak 64 tahun yang lepas.
Umno harus berubah atau rakyat yang akan mengubah Umno!

No comments
Post a Comment