Westport Malaysia Jangka Kendali 6 juta Kontena Pada 2011

PELABUHAN KLANG, 7 OKT : Westports Malaysia menjangka untuk mengendalikan 6 juta kontena pada tahun depan.Tahun ini pihak Westport bersedia mengendalikan kontena 5.5 juta TEU (unit bersamaan dua puluh kaki) , kata Ketua Pegawai Eksekutif Ruben Emir Gnanalingam hari ini.

Westports, satu daripada pelabuhan utama negara, mengendalikan 4.3 juta TEU tahun lepas. “Malah, pada Ahad lepas, 2 Okt, kami melebihi empat juta TEU.

“Tahun depan, kami menjangka mencecah enam juta TEU. Oleh itu, kami perlu bersedia untuk memenuhi pertumbuhan ini,” katanya pada majlis rumah terbuka Hari Raya pelabuhan itu di Pulau Indah, di sini hari ini.

Beliau berkata Westports mengembangkan operasinya terutamanya perniagaan kontena dan telah komited RM1.0 bilion untuk pengembangan dalam masa lima tahun akan datang.

“Kami telah memulakan kerja di Terminal 6 Kontena yang terdiri daripada tambahan dermaga 300 meter, 1,500 tambahan ruang dan empat kren dermaga,” katanya.

Terminal baharu itu dijangka siap pada suku kedua tahun depan dan akan menambah kapasiti semasa pelabuhan kepada 7.5 juta TEU, katanya.

Beliau berkata: “Kami juga memperluaskan logistik kami dan nilai tambahmperniagaan, bukan hanya untuk menjadi pelabuhan yang lengkap tetapi juga bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan.”

No comments

Powered by Blogger.