Apabila Tok Guru Dah Buta Hati, Ini Lah Akibatnya

Pas gagal dakwah pemimpin DAP

KOTA BHARU 19 Feb. - Pas disifatkan gagal untuk menyebarkan dakwah kepada bukan Islam di negara ini biarpun telah menjalinkan kerjasama yang erat dengan DAP.

Malah dua tokoh agama di negeri ini menyifatkan Pas sanggup menjadi 'bisu' semata-mata untuk menjaga hati pemimpin parti itu demi untuk menang dalam pilihan raya walaupun DAP sering mengganggu gugat urusan agama suci ini.

Mudir Pondok Sa'adah Ad-Dhaghari, Geting, Zainal Abidin Awang berkata, tujuan Pas bukan untuk berdakwah kepada bukan Islam kerana ia jelas dapat dilihat apabila mereka sanggup menjual ideologi sendiri semata-mata mahu bersahabat dengan DAP.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Minda Pondok berkata, kenyataan-kenyataan daripada kepemimpinan parti itu juga menunjukkan bahawa mereka tidak yakin untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud seperti dasar perjuangan penubuhannya.

"Tidak ada apa-apa perubahan yang dibawa oleh Pas selepas berkawan dengan DAP, malah lagi teruk jika dibandingkan pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah pihak pembangkang sekarang.

"Exco DAP telah berani campur tangan dalam hal ehwal Islam, sudah teruk sangat mereka 'menyerang' Islam. Apa yang Pas buat, di mana suara mereka yang katanya mahu berdakwah kepada DAP," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengakui tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk memperkenalkan Islam kepada sekutu politiknya itu.

Sementara itu, Jurucakap Minda Pondok, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman berkata, Pas terlalu banyak berdolak-dalik berhubung pendirian dan hala tuju parti itu apabila bekerjasama dengan DAP.

"Pas berdolak-dalih dan sudah lari daripada prinsip berkerjasama DAP, pada suatu ketika dahulu dia kafirkan UMNO kerana bersama MCA, sekarang mereka bersama dengan DAP pula, apa sudah jadi.

"Kenyataan pemimpin Pas seperti Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Nik Abdul Aziz dan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah amat longgar.

"Prinsip negara Islam sudah tidak dibincangkan lagi, mereka sudah tidak yakin untuk tubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

"Mungkin kerana dari segi kerusi yang dimenangi DAP menyebabkan DAP monopoli dalam pakatan pembangkang.

"Oleh itu, saya melihat kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa Nik Abdul Aziz hanya mahu menang pilihan raya kerana dendam, memang ada benarnya," ujar beliau.

sheikh, anta tak tengok ke umno macam mana? jangan jadi bodoh sheikh!

No comments

Powered by Blogger.