Dr Mahathir patut ‘masuk’ GMI – Nalini
Norutul Ilham
KUALA LUMPUR: Jika benar Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bekas Perdana Menteri itu sepatutnya menyertai mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang membantah pelaksanaan akta berkenaan.
Setiausaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Nalini berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan Dr Mahathir jika benar beliau berniat untuk menghapuskan ISA.
Bagaimanapun, beliau mempersoal, mengapa baru sekarang Dr Mahathir mahu tampil sebagai hero dan menafikan semua perkara yang melanggar hak asasi manusia termasuk ISA.
“Apa yang menyebabkan Mahathir bercadang untuk menghapuskan ISA? Adakah begitu kuat kuasa polis untuk menyekat kuasa Perdana Menteri,” katanya pada satu kenyataan media.
Ironinya, Nalini berkata, Tun Abdullah Ahmad Badawi turut menyeru menghapus ISA apabila sudah meletak jawatan Perdana Menteri tetapi tidak mengambil berat hal itu ketika masih berkuasa.
Katanya, Suaram dan GMI percaya dengan prinsip keadilan, penghakiman yang adil sehingga yang bersalah dapat dibuktikan tanpa rasa takut atau sebaliknya.
“ISA sebenarnya melanggar asas hak asasi manusia, untuk penghakiman yang adil sebelum dibuktikan bersalah. Jika Mahathir aplikasikan prinsip ini, ISA tidak lagi wujud,” katanya.
Jika kenyataan Dr Mahathir bahawa polis yang membuat tangkapan ISA tanpa melibatkan beliau, Nalini berkata, kerajaan mesti bertanggungjawab kerana memberi kuasa mutlak kepada polis kerana menggunakan ISA.
“Sehingga kini, tahanan ISA terus menjadi sasaran penahanan yang dilakukan sewenang-wenangnya, penyeksaan fizikal tanpa ulasan undang-undang yang berkesan dan bermanfaat kepada mangsa ISA.
“Tahanan politik yang menjalani ISA akan disoal siasat tanpa henti melibatkan gangguan mental serta penyeksaan dipukul dan terpaksa menerima rawatan di hospital,” katanya.
Tegas beliau, ISA ‘membolehkan’ Cawangan Khas (SB) melakukan kesalahan lebih banyak kerana mereka tidak akan disoal kerana dilindungi kerajaan Malaysia.
“Kerajaan Barisan Nasional mesti dipersalahkan sepenuhnya kerana menyerahkan kuasa kepada polis sehingga berlaku penyalahgunaan kuasa seolah membina negara polis,” ujarnya.

No comments
Post a Comment