Etika kewartawanan dan 'Dilema Malaysia'
Oleh Edwin Michael
Bangsa Melayu dan masa depannya? Cukup indah kata-kata ini. Di sebalik keindahan ini tersembunyi suatu bentuk kegelapan yang amat menekan-nekan jiwa kewartawanan di negara ini.
Apabila seorang wartawan Malaysiakini yang bukannya berketurunan Melayu dilarang daripada membuat liputan tentang masa depan bangsa Melayu, apalagi bentuk penghinaan yang perlu terus dipalit pada wajah kewartawanan di negara ini?
Jelaskan pada saya, apakah liputan majlis berasaskan etnik kaum hanya boleh dihadiri oleh wartawan sebangsanya? Jelaskan pada saya bahawa ini petanda jelas gagalnya 1Malaysia?
Kebobrokan mereka yang berpendidikan tinggi dan berjawatan tinggi tetapi tidak boleh membezakan antara ideologi rasis dan tangunggjawab kewartawanan adalah sebenarnya sesuatu yang amat memalukan.
Bagaimana kaum-kaum lain perlu melupakan kaitan dengan negara lain sedangkan pada masa yang sama anasir-anasir ini sengaja mewujudkan asimilasi secara terang-terangan?
Tanggungjawab seorang wartawan adalah melaporkan apa yang diliputinya secara adil dan telus. Tindakan menghalang wartawan menjalankan tugasnya dengan menjadikan rasis, agama, kaum, warna kulit sebagai alasan maka di mana sebenarnya masa depan negara ini?
Terdetik dihati sama ada individu yang terbabit akan memohon maaf secara terbuka ataupun akan terus mempraktikkan perbuataan yang menghina profesionalisme kewartawanan ini dan pada masa yang sama mengibarkan jalur gemilang berlogo 1Malaysia.
Lebih penting lagi, bagaimana pula reaksi mereka ini sekiranyan bangsa lain mengadakan wacana sedemikian dan membincangkan masa depan mereka di negara ini? Krisis nasional jadinya!
Ini petanda jelas 'Malaysia Dilemma'.
Penulis adlah pensyarah, Jabatan Kewartawanan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Tunku Abdul Rahman

No comments
Post a Comment