ISA: Dr M dihantui dosa silam
Norutul Ilham
KUALA LUMPUR: Perbuatan Tun Dr Mahathir Mohammad menuding jari kepada polis kononnya menolak cadangannya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), disifatkan sebagai nyanyuk dan dihantui dosa silam.
Pengarah Penerangan KEADILAN Selangor, Dr Badrulamin Bahrom, berkata sikap Mahathir yang berdolak dalik dalam isu itu membuktikan beliau kini dibayangi dosa-dosa silam, tambahan umurnya yang semakin senja.
“Kalau dia cakap cadangan itu ditolak, mana kredibilitinya sebagai Perdana Menteri ketika itu? Bukankah polis di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diketuai beliau,” katanya kepada KeadilanDaily.com
Baru-baru ini, Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau pernah cuba memansuhkan ISA ketika masih Perdana Menteri tetapi mendakwa polis menyatakan ‘tidak boleh’ kerana masih ada ancaman.
ISA diperkenal penjajah Inggeris untuk berdepan dengan ancaman komunis pada 1950-an dan Mahathir kerap menyalahgunakan akta berkenaan terutama dalam Ops Lalang pada 1987 dan zaman reformasi pada 1998.
Mengulas lanjut, Badrulamin tidak menolak sikap yang ditonjolkan Mahathir itu adalah perangai sebenar ahli dan pimpinan Umno apabila melakukan kesalahan tetapi enggan mengakuinya.
“Sikap itu adalah merupakan perangai sebenar ahli Umno yang suka mempersalahkan orang lain padahal diri sendiri yang membuat salah.
“Beliau suka mengambil sikap lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab apabila banyak pihak mempertikai profesional beliau ketika menangani beberapa kes melibatkan ISA,” katanya.
Badrulamin yang juga pernah ditahan ISA, berharap Mahathir meminta maaf dan bertaubat atas semua kesalahan ylalu supaya beliau dapat hidup dengan aman tanpa diburu kesalahan lalu.
“Terlalu banyak dosa yang dilakukan beliau seperti memfitnah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, tragedi Memali, Ops Lalang.
“Tidak terlambat untuk bertaubat. Saya pasti jika beliau memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, beliau akan rasa lebih tenang berbanding sekarang,” katanya.

No comments
Post a Comment