Istana Mubarak Akan Diserbu Jumaat Ini

Hasil sebuah banvian pendapat menunjukkan bahawa revolusi rakyat di Mesir akan memaksa Presiden Mesir Hosni Mubarak melarikan diri dari negara itu.

Menurut bancian yang dilakukan oleh Press TV, hampir 53 peratus responden percaya Mubarak akan melarikan diri dari negara Afrika Utara tersebut.

Hasil penelitian menunjukkan bahawa 13 peratus mengatakan kerusuhan akan diatasi dengan dukungan dari Amerika Syarikat.

Sementara itu 34 peratus mengatakan bahawa revolusi Mesir akan membawa keruntuhan Mubarak namun sisa-sisa sistem Mubarak masih akan bertahan.

Mesir telah memasuki hari kesepuluh revolusi rakyat dengan banyaknya massa yang berkumpul di ibukota Mesir Tahrir Square tengah hari hari Khamis ini.

Para penunjuk perasaan ingin Mubarak mengakhiri kekuasaannya yang telah bertahan selama 30 tahun tapi Mubarak sejauh ini menolak seruan masyarakat luas yang menuntut pengunduran dirinya.

Para penunjuk perasaan pada hari Selasa lalu meneriakkan "Pergi Mubarak, engkau sudah tidak diperlukan" dan "Jumaat petang kami akan ke istana anda," merujuk pada apa yang mereka namakan "Jumaat Keberangkatan", demo ke istana presiden yang demonstran mengatakan bahawa mereka akan memaksa Mubarak untuk turun.(fq/prtv)

No comments

Powered by Blogger.