Jangan Terpedaya Janji Pembangkang? Umno Nak Kencing Orang Asli Lagi

Jangan terpedaya janji manis pembangkang - Adnan

TEMERLOH 22 Feb. - Masyarakat Orang Asli di pedalaman daerah ini diingatkan supaya tidak terpedaya dan terperangkap dengan janji manis pihak pembangkang kerana ia ditaburkan semata-mata untuk memenangi pilihan raya.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Orang Asli perlu bijak menilai janji-janji tersebut sama ada palsu bagi kepentingan politik parti terbabit atau mempunyai keupayaan untuk memerintah dan mengubah nasib golongan itu.

Tambah beliau, Orang Asli tidak seharusnya mudah terpedaya kerana pembangkang yang mentadbir beberapa buah negeri dilihat tidak berupaya menunaikan janji dibuat semasa kempen pilihan raya umum lalu.

''Bagi mengelakkan diperalat dan tertipu, kita (Orang Asli) perlu menyiasat serta periksa terlebih dahulu segala janji ditaburkan itu bagi mengetahui keadaan sebenarnya," katanya.

Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama masyarakat Orang Asli Kampung Sendayan di sini, semalam.

Menurut Adnan, masyarakat suku kaum itu perlu memanfaatkan semua prasarana disediakan oleh kerajaan termasuk pelbagai kemudahan pembelajaran bertaraf dunia bagi mengubah kehidupan mereka.

Katanya, Orang Asli mempunyai hak yang sama seperti rakyat lain di negara ini bagi mendapatkan pendidikan dan juga taraf sosioekonomi.

Sehubungan itu, beliau berjanji akan menyelesaikan masalah tanah yang dihadapi penduduk kampung itu tetapi ia akan mengambil masa kerana membabitkan dasar kerajaan.

Mengenai masalah bekalan air paip yang sering terputus, katanya, kerajaan akan membina empat unit pam graviti bagi mengatasi masalah tersebut untuk jangka pendek sebelum Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang selesai menjalankan kerja-kerja menggantikan paip-paip usang.

''Setiap unit pam graviti akan menyedut air bawah tanah itu berharga RM20,000 untuk mengatasi masalah gangguan bekalan air yang sering terputus di Kampung Paya Sendayan dan Kampung Paya Perak, Kerdau di sini.

''Selain itu, kerajaan negeri akan membina 10 rumah lagi di bawah Program Perumahan Rakyat Termsikin (PPRT) di kampung itu pada tahun ini," jelasnya.

Adnan berkata, tender pembinaannya akan dikeluarkan secepat mungkin melalui Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh supaya projek itu dapat dipercepatkan bagi menempatkan keluarga miskin Orang Asli di kampung tersebut.

No comments

Powered by Blogger.