Kontraktor sampah diberi amaran – MPSJ
SUBANG JAYA, 7 Feb – Amaran tegas diberikan kepada semua kontraktor agar menjalankan tugas mereka dengan baik dalam tempoh masa berbaki sehingga hujung bulan ini, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Adnan Md Ikshan
Menurut Adnan, tender terbuka bagi kerja-kerja mengangkat sampah dan juga membersihkan kawasan, kini dalam proses.
“Kami harap dapat melantik kontraktor untuk kerja-kerja itu menjelang Mac nanti. Proses sudah dibuat, cuma apa yang ingin diperkatakan adalah dari aspek lain implikasi daripada proses tender sebut harga, ” katanya.
Namun apa yang dikesalkan menurut beliau, meskipun pihaknya belum menawarkan surat tawaran kepada kontraktor, namun ada segelintir yang sudah tidak mahu melaksanakan tugas seperti dijadualkan mungkin kerana sudah mendapat maklumat mereka tidak berpeluang menyambung kerja itu.
“Apa yang diperhatikan kontraktor ada masa sebulan untuk kerja dengan Alam Flora. Namun saya difahamkan, ada sesetengah kontraktor yang sudah menunjukkan kemalasan bekerja selepas merasakan mereka tidak dapat tender baru setelah tamat kontrak lama,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa kontraktor harus melangsaikan tanggungjawab hingga akhir Februari ini.
“Berhubung permohonan tender itu saya hendak katakan yang minta bukannya sedikit. Jadi ia soal rezeki masing-masing. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tidak dapat maknanya tiada rezeki.
“Bagaimanapun, sekiranya ada yang berjaya, tetapi pernah menim- bulkan masalah kepada pihak kami, saya hendak cadangkan supaya mereka itu tidak dilantik,” katanya pada satu sidang media yang diadakan di ibu pejabatnya di sini.

No comments
Post a Comment