Mangsa ragut mati selepas beberapa hari koma
PETALING JAYA, 7 Feb - Mangsa ragut, Zabedah Abas, 45, meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam, selepas tidak sedarkan diri sejak Khamis lalu akibat terjatuh motosikal selepas diragut di Taman Sri Manja.
Mangsa meninggalkan empat anak yang berusia antara 12 dan 21 tahun.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Khamis lalu, pemilik kedai makan itu dikatakan dalam perjalanan ke kedainya di Taman Medan dengan menunggang motosikal.
Menurut anak sulungnya, Nur Azura Azlan, 21, kebiasaannya ibunya ke kedai bersama dua adik kembarnya.
Bagaimanapun, pada hari kejadian, ibunya berseorangan dan turut membawa bersama beg sandang serta beg pinggang.
“Dua lelaki bermotosikal mendekatinya dan cuba merampas beg daripada ibu menyebabkan dia terjatuh.
“Kedua-dua peragut itu kemudian berpatah balik untuk mengambil beg tetapi gagal kerana orang ramai berada di tempat kejadian cuba membantu,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, semalam.
Menurutnya, ibunya sempat mengucap dua kali sebelum tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital.
Nur Azura, pelajar Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bergegas pulang selepas mengetahui kejadian tersebut.
Anak kedua mangsa, Nur Azlin Azlan, 20, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan berhubung kejadian ragut menimpa ibunya itu sebaik tersedar daripada mimpi
Zabedah yang koma sejak Khamis lalu terpaksa dibedah kerana pendarahan teruk di bahagian kepala.

No comments
Post a Comment