Orang Melayu perlu hayati kesejagatan Islam, tolak perkauman sempit
Sidiqin Omar
PETALING JAYA: Pembebasan dari kezaliman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah landasan bagi orang Melayu membangun ketamadunan dan mencipta sejarah, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
“Sudah sampai masanya umat Islam Melayu di Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei dan Singapura mempunyai keyakinan untuk membangun pemikiran yang asli untuk mendepani cabaran umat dunia dan rantau.
“Kita perlu kelar dari kepompong pemikiran sempit, baik perkauman mahupun ideologi. Kekuatan dan tenaga yang akan membawa kita keluar dari kesempitan adalah kesejagatan dan universalisme Islam itu sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Seminar Pembangunan Semula Pemikiran Islam Melayu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, hari ini.
Kira-kira 1,000 peserta hadir pada program sehari anjuran Institut Kajian Dasar (IKD) dengan kerjasama Yayasan Selangor.
Antara speaker jemputan khas yang menyampaikan pidato dan kertas kerja ialah tokoh akademik dan ekonomi tempatan, Dr Siddiq Fadhil, Prof Dr Osman Bakar dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Azmin berkata, usaha pembangunan semula pemikiran Islam perlu bermula dengan merancakkan wacana ilmu dan pemikiran untuk memecahkan pemikiran perkauman yang menjadi penghalang kepada kemajuan sosial dan ekonomi.
“Dalam konteks Malaysia, antara peranan penting intelek Muslim ialah membangun pemikiran berteraskan demokrasi. Kita sudah sampai pada tahap untuk tidak mempersoal demokrasi dengan pandangan seolah-olah ia datang dari Barat.
“Kekeliruan itu tidak wajar timbul kerana demokrasi itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.
Sementara itu, Pengarah IKD, Khalid Jaafar berkata, pihaknya sedia ekerjasama dengan mana-mana pihak terutamanya pentadbiran di negeri Pakatan Rakyat.
“Sebagai badan pemikir paling aktif di Malaysia, kita tidak menolak tawaran untuk membuat kajian secara empirikal dan intelek termasuk dari pentaddbiran negeri Pakatan Rakyat.
“Seiring perkembangan politik dan kebangkitan umat Islam di seluruh dunia, masyarakat Melayu perlu membangun pemikiran sebagai persediaan menghadapi cabaran masa depan,” katanya.

No comments
Post a Comment