Pemimpin dunia kagum revolusi rakyat Mesir
Peralihan kuasa, proses demokrasi secara aman dipuji
PARIS: Pemimpin dunia memuji tindakan rakyat Mesir menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak dan menyifatkan ia sebagai kejayaan bersejarah untuk kuasa rakyat serta demokrasi, manakala China dan Russia berharap negara itu beroleh kestabilan, semalam.
Ucapan tahniah kepada rakyat Mesir mencurah-curah sebaik Mubarak menyerahkan kuasanya kepada pemimpin tentera selepas 18 hari bantahan dilakukan rakyat Mesir menentang pemerintahan kuku besinya selama 30 tahun.
Presiden Amerika Barack Obama berkata rakyat Mesir sudah bersuara dan ia boleh diselesaikan hanya dengan demokrasi yang sebenar.
Pasukan bersenjata kini perlu memastikan peralihan politik yang boleh diyakini rakyat Mesir, kata Obama yang turut memberi amaran mengenai cabaran hari-hari mendatang.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon memuji tindakan Mubarak yang tunduk kepada kehendak rakyat dan mengambil keputusan sukar demi rakyat Mesir.
Perdana Menteri Australia, Julia Gillard turut menyaran perubahan daripada peringkat asas bagi memastikan peluang dan kebebasan rakyat biasa Mesir dibuka.
China berharap peralihan kuasa itu akan mengembalikan kestabilan dan ketenteraman awam dengan akhbar berbahasa Inggeris China Daily memetik yang penunjuk perasaan antiMubarak menyebabkan kacau bilau.
Menteri Luar Russia turut menyarankan ke arah kestabilan.
“Kita harap dengan peristiwa terbaru ini dapat membantu mengekalkan kestabilan dan memastikan pihak berkuasa dapat menjalankan urusan seperti biasa,” katanya.
Bagi Israel yang juga sekutu damai Mesir, pegawai kerajaan berkata:
“Kita berharap peralihan kepada demokrasi ini akan dilakukan dengan sebaiknya untuk Mesir dan jirannya, Israel,” katanya.
Pegawai itu turut menekankan keperluan untuk mempertahankan perjanjian 1979 di antara Mesir dan Israel, ditandatangani dua tahun sebelum Mubarak mengambil alih kepemimpinan.
Canselor Jerman Angela Merkel berharap Mesir dapat meneruskan keamanan di Asia Barat, dengan perjanjian yang dibuat dengan Israel dihormati dan keselamatan Israel dijamin.
Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, yang juga penyumbang utama Mesir berkata: “Saya berharap kerajaan baru ini akan melahirkan demokrasi.
“Saya mahu Mesir terus memainkan peranan membina di Asia Barat,”.
Dalam kenyataan bersama Ketua Suruhanjaya Eropah, Jose Manuel Barroso, Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah (EU) Catherine Ashton dan Presiden EU Herman Van Rompuy, turut menyanjung semangat rakyat Mesir.
“Kami menyeru pihak tentera terus bertindak dengan penuh tanggungjawab dan memastikan perubahan demokrasi mengambil tempat dengan aman,” kata mereka.
Presiden Perancis Nicolas Sarkozy turut memuji tindakan dan semangat Mubarak untuk berundur.
“Perancis menyeru semua rakyat Mesir berarak untuk kebebasan.”
Perdana Menteri Britain David Cameron mengajak untuk membebaskan Mesir menerusi demokrasi, manakala Perdana Menteri Kanada Stephen Harper menekankan pentingnya pilihan raya yang bebas dan adil serta menghormati hak asasi manusia termasuk golongan minoriti.
Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma memuji tindakan Mubarak yang berfikiran seperti pemimpin yang mengutamakan rakyat melebihi kepentingannya.
Gelombang kegembiraan melanda bandar Arab sebaik saja berita pengunduran Mubarak tersebar dengan orang ramai keluar di jalanan untuk meraikan berita gembira itu dari Gaza ke Beirut.
Dari Semenanjung Gaza, jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri memuji kejayaan terhadap revolusi Mesir dengan sambutan bagi melahirkan kegembiraan diadakan di segenap penjuru kawasan itu. – AFP

No comments
Post a Comment