Rakyat: Kebangkitan 18 hari lahir Mesir baru, Hosni ‘dihalau’
KAHERAH, 12 Feb — Tentera Mesir mengambil alih pentadbiran negara itu mulai tengah malam tadi berikutan keputusan Presiden Hosni Mubarak mengakhiri 30 tahun kepimpinannya ekoran kebangkitan rakyat selama 18 hari.
“Kami telah menamatkan rejim (Hosni), kami telah menggulingkan rejim,” laung ratusan penunjuk perasaan yang membanjiri Dataran Tahrir di sini sejak 25 Januari lalu.
“Selamat Tinggal Jumaat,” kata seorang lagi penunjuk perasaan merujuk kepada hari Jumaat semalam.
Minggu lalu mereka mengumumkan “Jumaat, Hari Berundur (bagi Hosni)”.
“Akhirnya kami bebas,” kata Safwan Abou Stat, penunjuk perasaan berusia 60 tahun.
Perkembangan itu disambut baik oleh White House dan beberapa negara lain di rantau Timur Tengah.
Presiden Barack Obama dipetik msnbc berkata dunia telah menyaksikan detik sebenar sejarah.
“Mesir telah menginspirasikan kita, dan mereka melakukan begitu (baik) dengan mengetepikan tanggapan bahawa keadilan hanya akan diperoleh menerusi keganasan,” kata Obama.
Peneraju demokrasi utama Mesir Mohamed ElBaradei yang juga seorang pemenang Hadiah Nobel Keamanan berkata, hari Jumaat adalah “hari yang sungguh hebat dalam diri saya.”
“Negara telah dibebaskan selepas penindasan selama beberapa dekad,” kata Mohamed kepada The Associated Press dipetik msnbc.
Sehubungan itu beliau mengharapkan “peralihan kuasa yang cantik.”
Seorang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, kumpulan pembangkang terbesar Mesir berkata, mereka menunggu untuk melihat langkah yang akan diambil oleh majlis tertinggi tentera tetapi melahirkan keyakinan ke arah peralihan kuasa.
“Saya bertabik dengan tindakan rakyat Mesir dan keberanian mereka. Ini adalah hari kejayaan bagi rakyat Mesir.
“Matlamat utama revolusi telah dicapai,” kata Mohamed el-Katatni, bekas pemimpin blok parlimen Ikhwanul Muslimin kepada Reuters.
Seorang lagi pemimpin pembangkang utama Ayman Nour pula berkata dia mengharapkan tempoh peralihan yang akan membawa kepada kerajaan awam.
“Ini hari yang sunggu hebat dalam sejarah Mesir, yang tidak akan berulang. Negara ini lahir semula. Rakyatnya telah lahir semula dan ini Mesir baru,” katanya kepada Al-Jazeera.

No comments
Post a Comment