Sekretariat AMK ditubuh bantu pelajar di Mesir
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menubuhkan satu sekretariat khusus untuk mengkoordinasi logistik pelajar-pelajar Malaysia yang masih terkandas di Mesir akibat krisis politik yang semakin meruncing di negara tersebut, kata Penolong Setiausaha AMK Malaysia, Saifullah Zulkifli.
Menurut Saifullah, sekretariat tersebut ditubuhkan atas kesedaran untuk membantu mengkoordinasi maklumat berkenaan nasib dan keselamatan pelajar Malaysia yang berada di Mesir.
Seramai kira-kira 11 ribu rakyat Malaysia termasuk pelajar dipercayai berada di Mesir. Krisis politik kian memuncak dan ketidaktentuan keselamatan semakin teruk berikutan tunjuk perasaan yang mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan menjadikan negara itu huru-hara. Sehingga ke hari ini Mubarak memerintah Mesir selama lebih 30 tahun.
Sehubungan itu, awal petang tadi, Saifullah bersama ibu bapa mahasiswa Mesir yang masih terkandas di sana serta beberapa pertubuhan mahasiswa bertemu dengan Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot anak Jaem untuk mendapatkan perkembangan terbaru nasib mahasiswa Malaysia di Mesir.
Ia susulan keluarga seramai kira-kira 22 keluarga pelajar kurang berpuas hati serta risau dengan persediaan menyelamat yang kurang memuaskan yang dilakukan kedutaan.
“Di peringkat awalnya, keluarga pelajar bersyukur bantuan akan dihantar bagi menyelamat pelajar.
“Namun, menjelang akhir perbincangan keluarga pelajar sedikit marah bercampur gusar apabila mendapati persediaan yang dilakukan sebenarnya kurang kemas atau jelas,” kata Saifullah.
Menurutnya lagi, keluarga pelajar serta AMK mendapati pelan menyelamat ada, tetapi secara logistiknya kementerian masih belum cukup bersedia serta penerangan yang diberikan agak kabur.
“Kementerian menjelaskan mereka akan hantar kapal terbang ke Cairo, Alexandria, serta Mansurah. Namun sebenarnya, di Mansurah itu sendiri tiada lapangan terbang untuk mendarat.
“Malah, mereka juga tidak mampu menjelaskan perkara tersebut apabila ditanya,” kata Saifullah.
Lanjutan itu, dalam masa terdekat AMK akan menghantar bekas pelajar Mesir serta tiga wakil AMK terdiri daripada Ustaz Fauzan, Ustaz Farhan, serta Dr Sidek untuk mengetahui secara langsung nasib pelajar-pelajar Malaysia di sana, kata Saifullah.
Satu database juga akan disediakan untuk menghimpunkan nama-nama pelajar yang masih berada di Mesir serta yang selamat sampai ke Malaysia, tambahnya lagi.
Satu majlis solat hajat juga akan diadakan dengan kerjasama pejabat Ahli Dewan Undangan (Adun) Selat Kelang, Dr Halimah Ali, kata
Saifullah.

No comments
Post a Comment