Walaupun DiTekan Puak Umno, 10,000 banjiri ceramah Anwar di Merlimau

Sidiqin Omar

Program ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena siri Jelajah ‘Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia’ mendapat sambutan hangat dengan kebanjiran 10,000 hadirin, di Kampung Permatang Pasir, di Merlimau, Melaka, malam tadi.

Sekalipun polis membuat beberapa sekatan jalan raya di beberapa tempat, ia tidak menghalang penduduk di sekitar Melaka, daerah Muar dan Tampin di Negeri Sembilan untuk mendengar penerangan dan perkembangan terkini mengenai isu politik tanah air.

Terdahulu, Anwar bersolat jemaah Maghrib dan menyampaikan tazkirah di Markaz PAS Padang Temu, di Kota Melaka sebelum menghadiri majlis makan malam bersama lebih seribu masyarakat Cina di Dewan Pay Fong, di Jalan Kubu.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut hadir ialah pimpinan Pas, Mohamad sabu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him

Pada acara utama tersebut, Datuk Seri Anwar memulakan ucapannya dengan peringatan dan saranan mengenai pentingnya umat Islam untuk menghayati sunnah Rasulullah, bersempena sambutan Maulidur Rasul.

“Semoga sambutan Mailudur Rasul kali ini menjadi titik penting untuk kita membina kekuatan untuk menyampaikan mesej perubahan dan memberikan contoh.

“Umat Islam hari ini ketinggalam bukan kerana kurangnya keupayaan, tetapi contoh yang ditunjukkan oleh pimpinan di banyak negara Islam mengisyaratkan bahawa perubahan mesti dilakukan, terutamanya dari segi memilih pimpinan. Justeru mereka yang zalim dan tidak amanah harus ditolak,” katanya.

Anwar merungkai pengalaman negara timur tengah dalam perkembangan terbaru, termasuk di Tunisia, Mesir dan Algeria apabila rakyat bangkit membuat perubahan dengan menolak diktator yang menindas rakyat.

“Siapakah Hosni Mubarak sebelum ini? Namanya gah di rantau timur tengah dan dunia Islam. Tetapi akhirnya beliau jatuh juga kerana kuasa rakyat.

“Apa yang dilakukannya? Termasuk anak dan isterinya, beliau tidak amanah, bermewah-mewah dengan mengaut harta negara. Sedang dalam masa yang sama, rakyat hidup melarat, kemiskinan dan kelaparan,” tambah Anwar.

Menjelaskan apa yang telah berlaku kepada dirinya, beliau menganggap serangan fitnah dan tohmahan kepadanya merupakan cabaran yang perit, namun terpaksa dihadapi demi mempertahankan prinsip perjuangan dan amanah rakyat.

“Apakah saya akan berhenti? Sudah tentu tidak. Mereka buang saya dari Parlimen. Saya akan jelajah negara dan akan terus bongkar kemungkaran mereka,” kata
Anwar sambil disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

Beliau mengimbas peristiwa pemecatannya pada tahun 1998 oleh Dr Mahathir, apabila tidak mahu bersekongkol dengan penyelewengan yang dilakukan pimpinan tertinggi negara ketika itu.

“Kalau saya setuju dengan mereka ketika itu, hari ini saya bernama Tun Anwar Ibrahim,” selorohnya.

Justeru katanya, tawaran Pakatan Rakyat adalah mengenai tatakelola ekonomi dan pentadbiran negara, tanpa menggunakan serangan peribadi sebagai hujah.

“Kita mahu debat ekonomi, tetapi mereka mahu debat peribadi. Silakan. Saya juga punya rahsia tentang sejarah lampau dan perangai pimpinan Umno Barisan Nasional.

“Apakah kita akan ambil pendekatan itu? Itu bukan cara kita. Keutamaan Pakatan Rakyat adalah untuk mengangkat martabat rakyat, bukannya memfitnah dan mencaci

No comments

Powered by Blogger.