Kes Teoh: Majlis Peguam tolak keputusan mendiang bunuh diri
KUALA LUMPUR, 23 Julai – Majlis Peguam hari ini berkata pihaknya tidak bersetuju dengan penemuan suruhanjaya siasatan diraja yang diumumkan kelmarin bahawa bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock telah membunuh diri.
Sementara majlis itu bersetuju dengan 10 penemuan penting lain yang disenaraikan oleh suruhanjaya itu, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan pandangan bahawa Teoh telah membunuh diri.
“Penemuan sedemikian, pada pandangan kami, tidak disokong oleh fakta dan bukti,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Lim berkata, bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, kata Lim, pakar psikiatri forensik iaitu Prof Paul Edward tidak mengatakan Teoh sebagai seorang yang mempunyai perwatakan lemah, sehingga menyebabkan dia mengambil nyawanya sendiri.
“Profesor Mullen tidak merumuskan Teoh Beng Hock telah membunuh diri, sebaliknya keterangan beliau mengatakan bahawa ‘dalam pandangannya, apa yang kami ketahui personaliti dan tingkah laku Teoh Beng Hock tidak mencadangkan sebarang peningkatan risiko membunuh diri’,” kata beliau.
Lim juga menambah, Mullen seterusnya berpandangan bahawa konteks kejadian yang berlaku bukan satu, “yang menurut pengalamannya membawa kepada tindakan membunuh diri ketika dalam tahanan.”
Mullen dilantik oleh Majlis Peguam dalam prosiding suruhanjaya itu.
Justeru kata beliau, perkembangan itu menunjukkan kenyataan menteri tersebut bercanggah dengan pandangannya bahawa Teoh membunuh diri ekoran perwatakannya yang lemah.
Lim dalam kenyataannya juga berkata Majlis Peguam merasakan tanggungjawab sepenuhnya ke atas kematian Teoh terletak pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Oleh itu kata beliau, tindakan segera perlu diambil ke atas pegawai-pegawai yang bertanggungjawab atas tindakan mereka.
“Dalam hal ini, kami menyambut baik jaminan Datuk Seri Nazri bahawa tindakan sewajarnya akan diambil ke atas pegawai-pegawai terbabit,” katanya lagi.
Sehubungan itu Lim juga berkata, Majlis Peguam mahu kerajaan Malaysia dan SPRM meminta maaf secara bertulis kepada keluarga Teoh dan rakyat negara ini pada keseluruhannya ekoran kematian mendiang.
Selain itu, Majlis Peguam mahu kerajaan membuat pampasan sewajarnya kepada keluarga Teoh.
Terdahulu dalam satu kenyataan dikeluarkan SPRM berkata ia menubuhkan pasukan khas siasatan berhubung tohmahan ke atas tiga pegawainya termasuk seorang bertaraf pengarah ekoran hasil laporan suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh dua tahun lalu.
SPRM juga berkata, sementara hasil laporan susulan tersebut diperolehi, tiga pegawai yang dinamakan dalam laporan suruhanjaya diraja itu akan dilucutkan atau dikecualikan daripada sebarang tugas operasi siasatan.
Malah kata SPRM, pihaknya tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tatakelakuan.
“(SPRM) akan menubuhkan satu pasukan khas siasatan berhubung tohmahan ke atas ketiga-tiga pegawai tersebut. Pasukan ini diketuai oleh Datuk Zakaria Jaffar, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) yang akan menjalankan siasatan susulan dalaman yang menyeluruh serta menyediakan laporan yang komprehensif,” kata kenyataan itu.
Suruhanjaya diraja siasatan berkata Teoh ‘terganggu’ ekoran sikap tiga pegawai SPRM yang dilabel sebagai “Arman yang membuli, Ashraf salah guna (kuasa) dan HH pemimpin yang angkuh.”
Malah, ia juga memutuskan bahawa pegawai-pegawai SPRM di Selangor sebagai terbuka kepada pembohongan.
Ketiga-tiga mereka yang dinamakan ialah bekas pengarah SPRM Selangor Hishammuddin Hashim, dua pegawainya Arman Alies dan Mohd Ashraf Mohd Yunus.
Hishammuddin kini bertugas sebagai pengarah SPRM Negeri Sembilan.
Ketiga-tiga mereka dinamakan sebagai pegawai soal siasat kes Teoh dalam laporan suruhanjaya itu, sebagai pihak yang ‘menundukkan’ Teoh ketika sesi soal siasat empat peringkat, yang bermula 15 Julai sehingga keesokan pagi.
Dalam kenyataannya kelmarin, Nazri berkata kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.
Nazri berkata hasil siasatan suruhanjaya itu juga mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada.

No comments
Post a Comment