EO sama zalim dengan ISA – Sivarasa
(Oleh: Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa berkata, perlaksanaan Ordinan Darurat (EO) adalah sama zalim dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).
Ini kerana perlaksanaan dua akta ini membolehkan penahanan individu oleh polis selama 60 hari tanpa perbicaraan, dengan alasan kononnya mengancam Keselamatan negara.
“Akta ini adalah zalim kerana kuasa yang telah diberikan oleh pemerintah terhadap polis untuk menangkap seseorang yang kononnya tanpa membuktikan kesalahannya terlebih dahulu,”
“Penahanan individu dalam tempoh yang panjang tanpa bicara dan dibuktikan kesalahan sememangnya melanggar prinsip hak asasi manusia,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Menurutnya, EO juga melanggar prinsip keadilan yang termaktub dalam semua agama di mana untuk menghukum seseorang perlu dibuktikan kesalahannya terlebih dahulu.
Tambah beliau, pelaksanaan undang-undang seperti ini mengundang amalan rasuah untuk lebih berleluasa. Ini kerana sebelum ini beliau pernah mendapat laporan dari keluarga tahanan yang terpaksa memberikan wang kepada pihak berkuasa untuk melepaskan mereka yang ditangkap di bawah EO.
Katanya, amalan rasuah sukar dikesan dan penyalahgunaan akta ini akan menyebabkan penindasan terhadap orang ramai semakin bertambah.
Hari ini, Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar dan lima lagi aktivis parti Sosialis Malaysia yang ditahan di bawah EO, dibebaskan tanpa sebarang syarat.
Kata Anwar, alasan kerajaan menahan enam individu terbabit kerana terlibat dengan aktiviti subversif, ternyata merupakan satu helah pemerintah untuk memburukkan Bersih 2.0 semata-mata.

No comments
Post a Comment