Erti Selangorku
Perincian Logo Selangorku
1. Pembentukan kata yang diterakan secara condong adalah bagi menunjukkan rakyat ”memandang atau menuju ke hadapan” sejajar dengan dasar Kerajaan Negeri untuk mencapai kepesatan pembangunan dan kemajuan negeri bagi manfaat rakyat keseluruhannya.
2. Huruf “O” dalam kata Selangor diperlihatkan dalam bentuk hati dan memagari bendera negeri, yang melambangkan kecintaan dan komitmen Kerajaan Negeri ke arah kehidupan rakyat Selangor yang lebih terjamin.
3. Warna-warna yang melambangkan keberanian dan kematangan, samada merah,kuning atau hitam, menunjukkan kebergantungan yang kuat terhadap keadilan,ketelusan, hak asasi rakyat, kesamarataan dan prinsip-prinsip kesejahteraan hidup.
4. Warna merah melambangkan keberanian setiap rakyat untuk menyatakan kebenaran.
5. Warna kuning melambangkan budi pekerti lahir dan batin pihak Kerajaan Negeri dalam usaha mengembalikan hasil negeri kepada rakyat majmuk negeri Selangor demi kesejahteraan bersama.
6. Warna hitam melambangkan ketenangan dan kematangan dalam amal dan perbuatan di pihak Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor seluruhnya.
1 comment
pasai apa PAS dan PKR gagal membendung hal-hal yang berkaitan arak, perjudian, pelacuran dan jenayah yang semakin menjadi-jadi di Selangor!
apakah kerana kuasa PAS sanggup membuang perjuangan negara Islam seperti yang dilaung-laungkan dahulu!
simpati saya pada pejuang-pejuang PAS yang telah dikhianati hanya kerana takutkan DAP.
Post a Comment