TI-Malaysia Gesa Kerajaan Laksana Reformasi Pilihanraya
SHAH ALAM 27 JULAI : Transparency International Malaysia (TI-Malaysia) menggesa kerajaan prihatin terhadap tuntutan rakyat yang mahukan perjalanan pilihan raya adil dan bersih melalui pelaksanaan reformasi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
Setiausaha Agung TI-Malaysia Josie Fernandez berkata, gabungan 62 badan bukan kerajaan di bawah Bersih 2.0 hakikatnya membuka ruang kepada kerajaan, rakyat dan badan-badan bukan kerajaan untuk bersama-sama memperbetulkan perjalanan pilihan raya negara yang pincang.
TI-Malaysia berkata badan itu juga menyerahkan memorandum 22 perkara kepada pemerintah pada 3 Mei lepas menuntut pembasmian politik wang menyeluruh dalam proses pilihan raya.
“TI-Malaysia mengemukakan memorandum mengenai politik wang dan pembiayaan politik, 22 pembaharuan semuanya kepada Perdana Menteri. Ia mendapat respon dan mereka memberitahu sedang melihat pembaharuan ini dan kami telah meminta 10 pembaharuan itu dimulakan sebelum pilihan raya umum ke-13,”katanya.
Menurut Josie, pihaknya berharap pemerintah mampu membuat pendirian merentasi garis kepartian dalam memastikan proses pilihan raya dapat dijalankan dengan baik.
“Saya tidak tahu sejauh mana perubahan itu akan dilakukan sebelum pilihan raya akan datang. Sekiranya reformasi ini tidak memberi sokongan kepada pentadbiran sekarang … maka saya mempunyai keraguan,” tambah beliau lagi.
Tuntutan utama memorandum TI-Malaysia ialah parti politik tidak didaftarkan di bawah Pendaftar Persatuan, sebaliknya di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya suruhanjaya itu diberdayakan dengan kuasa untuk bertindak ke atas mana-mana pihak yang melanggar undang-undang pilihan raya.

No comments
Post a Comment