Peguam Perancis kes kapal selam ditahan di KLIA

Oleh Shannon Teoh


KUALA LUMPUR, 22 Julai — Peguam Perancis Willian Bourdon telah ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik sahaja tiba selepas menghadiri majlis makan malam di Pulau Pinang malam tadi.

Di Pulau Pinang beliau memberi penerangan tentang perkembangan terbaru berhubung kontroversi perjanjian pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion yang dilakukan oleh Malaysia.

Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Cynthia Gabriel, yang mengiringi Bourdon sepanjang lawatan itu berkata, peguam itu ditahan ketika berada dalam pesawat oleh seorang pegawai imigresen sebaik sahaja kapal terbang mendarat.

“Pegawai imigresen masuk ke dalam kapal terbang dan tahan beliau untuk diambil keterangan. Beliau sekarang di pusat tahanan dan isterinya diasingkan,” katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Pemimpin PKR dan juga seorang peguam Latheefa Koya yang dalam perjalanan ke KLIA untuk mewakili Bourdon berkata “kami jangkakan ia mesti ada kaitan dengan ucapannya malam tadi”, yang mana Bourdon dibenarkan memasuki negara tanpa sebarang sekatan.

Pembelian dua kapal selam dari firma pertahanan Perancis DCNS pada 2004 dan 2005 dibuat ketika Datuk Seri Najib Razak memegang jawatan menteri pertahanan dan syarikat milik Abdul Razak Baginda dikatakan membantu perdana menteri menerima bayaran pendahuluan sebanyak RM500 juta untuk perjanjian itu.

Episod peristiwa itu juga dikaitkan oleh kumpulan hak asasi dan pembangkang berhubung kematian model Mongolia Altantuya Shariibuu pada 2006.

Bourdon tiba dari Pulau Pinang di mana beliau menyampaikan ucapan dalam satu majlis anjuran Suaram mengenai perjanjian pembelian kapal selam Scorpene.

Beliau djadualkan akan berucap dalam satu program di Petaling Jaya malam ini.

Pada Disember 2009 Suaram, mengemukakan memfailkan aduan di mahkamah Perancis meminta akses kepada maklumat mengenai perjanjian kerajaan yang ditandatangani Abdul Razak Perimekar Sdn Bhd dan maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di Malaysia.

Mahkamah Perancis menerima aduan itu untuk menyiasat dakwaan rasuah berjumlah RM500 juta dari DCNS kepada Perimekar.

No comments

Powered by Blogger.