Bukti pengkhianatan Umno-BN 1 Julai 2011: Tanjung Pagar Terlepas !
Oleh ASMUNYZA AYOB
KUALA LUMPUR: Satu lagi pengkhianatan dilakukan Umno-BN terhadap negara apabila memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) pada 1 Julai 2011.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad mendedahkan perjanjian pajakan tanah KTMB yang berakhir 1 Julai mengikut Butiran Perjanjian (POA) 1990 antara kerajaan Malaysia dan Singapura jelas menggambarkan siri-siri perundingan antara kedua-dua negara itu hanya mendatangkan keuntungan kepada Singapura semata-mata.
Katanya kepada Harakah, sebagai mana perjanjian air, surat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang melepaskan kepentingan tanah Pulau Batu Putih daripada negeri Johor serta pencerobohan ruang angkasa yang pernah dibangkitkan Kementerian Pertahanan, jelas memberi manfaat besar kepada Singapura itu.
Malah katanya, tindakan yang telah mencalarkan imej negara ini, berlaku sejak kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato’ Seri Abdullah Badawi diwarisi Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Katanya, dalam POA, kesemua tanah KTMB akan digantikan empat bidang tanah. Dua bidang tanah di Marina South dan Ophir Rochor.
Kedua-dua lokasi mempunyai nilai komersil. Kedua-dua tanah yang diganti itu daripada segi nilai tanah dan bukan daripada segi keluasan tanah.
Keempat-empat tanah itu akan dimajukan oleh syarikat usahasama antara Malaysia dan Singapura yang akan dimajukan oleh Temasek Holding (40 peratus) dan Malaysia oleh Khazanah Nasional (60 peratus).
Zulkifli mendakwa, kelebihan Malaysia memiliki tanah akan hilang apabila daripada empat bidang tanah itu Malaysia hanya memegang ekuiti dalam syarikat usaha sama.
“Timbul dua implikasi apabila memegang ekuiti, iaitu projek yang dijalankan nanti sudah tentu akan dijual dan tidak akan dipegang sebagai pelaburan jangka panjang. Kemungkinan kedua akan berlaku pindah milik ekuiti.
“Sebagai contoh jika syarikat tersebut bernama ABC, nama syarikat tersebut akan kekal tetapi pemegang ekuiti mungkin akan berubah tanpa kita sedari sebab itu urusan pasaran jika disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur atau Bursa Singapura, ia tertakluk pada jual beli saham,” katanya.
Jelasnya, hak milik Malaysia semakin hilang setelah Singapura berjaya mengeluarkan tanah milik Malaysia daripada sempadannya menyebabkan Malaysia tidak lagi mempunyai sebarang ‘harta’ di Singapura.
“Kehilangan tersebut tidak dapat diganti. PAS juga berharap agar melalui POA itu warisan di Tanjung Pagar itu dapat dipelihara sebagai warisan dunia supaya dapat dilihat anak cucu bahawa KTMB pernah menjalankan perkhidmatannya sehingga ke Tanjung Pagar sebelum Singapura terkeluar dari Malaysia pada 1965,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menyifatkan 1 Julai merupakan hari dukacita bagi setiap rakyat Malaysia apabila satu demi maruah negara gagal dipertahankan Umno-BN.
Jelasnya, rakyat Malaysia perlu diingatkan tentang peristiwa yang menyebabkan Malaysia kehilangan haknya hasil perbincangan Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawatnya dari Singapura.
“Sebagai warga negara Malaysia kita tertanya-tanya apakah rundingan antara kedua-dua pemimpin tersebut.
dakah dalam pertemuan tertutup tersebut Perdana Menteri Singapura telah mengugut Najib?” soalnya.
Katanya, sikap yang ditonjolkan Najib itu tanpa sebarang rundingan dengan anggota kabinet amat berbeza dengan sikap yang ditunjukkan Tunku Abdul Rahman sewaktu menjadi Perdana Menteri apabila membuat keputusan Singapura dikeluarkan dari Malaysia berdasarkan suara di Parlimen.
–Sikap tersebut juga katanya menggambarkan Malaysia menyerahkan kedaulatannya dengan pelbagai penipuan kepada rakyat.
“Malaysia tidak seharusnya memikirkan aspek komersil semata-mata dengan mengenepikan soal maruah dan aspek keselamatan politik negara.
Kawasan tersebut merupakan kawasan strategik negara. Kita serahkan begitu sahaja dan akhirnya Malaysia akan lebih terdedah dengan pelbagai ancaman,” katanya.
Tambahnya lagi, rakyat seharusnya membuka mata dengan bukti yang menunjukkan Umno gagal mempertahankan negara dan ia harus digantikan dengan kuasa rakyat yang lebih berkemampuan untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Dalam kenyataannya sebelum ini, Badrul Hisham menegaskan Najib juga gagal memberikan penjelasan terperinci tentang pemindahkan Stesen KTMB di Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) milik Singapura itu.
Dakwanya, tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga bidang tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar akan diserahkan kepada syarikat usaha sama Malaysia- Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini.
Malaysia juga katanya dikatakan bakal memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta api di WTCP.
“Hampir pasti bahawa kos operasi KTMB pasti akan meningkat dan bayaran penyewaan WTCP milik Singapura akan membebankan pada masa akan datang.
“Maka KTMB bakal menyertai senarai syarikat milik kerajaan yang rugi seperti Pos Malaysia Berhad dan Sime Darby Berhad yang juga dibawah perlaburan Khazanah Nasional,” katanya lagi.

No comments
Post a Comment