Misteri 907 Hospital Tung Shin – oleh Aishah
22 JULAI – Dahulu, ibu selalu akan memanggil anak-anaknya “masuk ke dalam, tengok langit tuh, kuning!” Mambang kuning katanya. Setiap senja menjelma, menghampiri malam, akan ada lah ia – mambang berwarna kuning.
Tapi kali ini, yang berwarna kuning di tengah-tengah bandaraya pada 9 Julai lalu bukanlah mambang yang ini, walau pun warnanya seakan sama.
Rentetan kes mambang kuning yang melanda Kuala Lumpur baru-baru ini, pelbagai spekulasi, ramalan mimpi dan jampi mantera ditemukan. Mulalah terdengar bisikan-bisikan jahat tentang siapa salah, siapa benar, siapa mangsa, siapa pembunuh.
Misteri di hospital
Dan sehingga ke detik 12 malam ini, masyarakat masih dihantui dengan misteri…dengan asap yang muncul dengan tiba-tiba. Kerana hantu merah tidak mengaku berbuat dajal di situ, tempat suci.
Pihak yang lain pula menuduh itu adalah kerja orang jahat yang ingin merampas kuasanya. Itulah dia, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mendakwa ia bermotif politik untuk mendesaknya meletak jawatan.
Pihak polis berterusan menafikan terus pembabitannya yang salah laku dan melekatkan beban itu kepada orang ramai – ya, orang ramai yang disembur gas pemedih mata yang bersalah.
Kemudian tampillah kenyataan daripada 11 malaikat penyembuh – para doktor Hospital Tung Shin sendiri – yang mengesahkan dakwaan orang ramai, walau pun lembaga hospital tersebut sebelum itu memaklumkan bahawa insiden pelepasan gas pemedih mata dalam kawasan hospital berkenaan tidak berlaku pun ketika perhimpunan aman 9 Julai.
Sebelas doktor ini tidaklah pula menyimpan keinginan untuk memihak pada sesiapa, hanya ingin berkata yang benar kerana perbuatan polis itu melanggar pengiktirafan sejagat – hospital sebagai tempat perlindungan.
Pimpinan DAP juga telah membawakan empat saksi yang berada di tempat kejadian; Teo Nie Ching, Liew Chin Tong, Tony Pua dan Zairil Khir Johari.
Namun, sehingga kini, tiada siasatan selain janji-janji kosong. Dan rakaman video polis yang disunting sebegitu rupa di mana hanya ‘kejahatan’ orang ramai dikatakan tertonjol manakala polis ‘baik’ saja rupanya.
Sementara itu, komander Unit Simpanan Persekutuan (FRU) polis pula boleh berseloroh dengan mengatakan FRU bertindak kasar semasa perhimpunan 9 Julai itu benar, sudah pasti ramai yang akan dirawat di hospital, sekurang-kurangnya sebagai pesakit luar.
Agaknya dia itu buta, tidak mampu melihatkan keadaan orang ramai yang terjatuh dikejar, terkena kanister gas, patah tulang sana sini.
“Di sini, timbul masalah kepada polis, penonton tidak berhati-hati atau dilatih untuk menapis maklumat yang diberikan kepada mereka atau apa insiden sebenarnya yang berlaku di tempat kejadian.” Malah, “Hampir setiap hari saluran berita menonjolkan bagaimana penunjuk perasaan diperlakukan dengan kasar dan polis pencegah rusuhan bertindak kasar malahan di negara-negara yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia.” –Supt (B) Sulaiman Menga Din
Apa pun prosedur operasi piawai (SOP) yang dipraktikkan, masyarakat cukup jelas dengan kesannya yang mencemar hak asasi manusia (HAM).
Malah, Malaysia kini sudah cukup malu untuk berdepan dengan komentar keras daripada media luar. Sehingga laporan dalam The Economist juga sanggup ditapis.
Sepatutnya kalau tidak bersalah, tindakan yang harus diambil pihak yang bertanggungjawab ialah dengan menepis, bukan menapis. Tetapi ini tidak dilakukan, atau tidak mampu dilaksanakan, kerana sudah terlalu banyak penipuan.
Konsep dan amalan hak
Konsep hak semulajadi atau ‘natural rights’ ini telah ada sejak berkurun lamanya, dan di Eropah, hak ini tertakluk bukan kerana seseorang itu warganegara tetapi kerana ia seorang manusia. Dan ini menjadi asas kepada ide hak warga, politik dan kebebasan agama.
Konsep HAM ini dapat dikesan dalam Declaration of the Rights of Man and of The Citizen (1789), Magna Carta (1215), dan sebagainya. Ia bermula dengan The Charter of the Rights of Nations of Cyrus (580-529SM).
Malah sejarah Islam telah mencatatkan hak-hak manusia dalam Piagam Madinah (622M). Dan ini jelas menunjukkan ia merupakan nilai yang relatifnya sama dan dikongsi, bukanlah sesuatu perkara asing yang dipaksakan.
Hal paling penting adalah idea non-violent/ ahimsa/ satyagraha/perhimpunan aman. Idea ini dibangun oleh Leo Tolstoy, Mahatma Gandhi dan Martin Luther King sebagai penolakan terhadap tindakan kerajaan yang tidak beretika.
Dan pada prinsipnya, jika kebangkitan diinginkan rakyat, ia bertujuan membawa perubahan dan menamatkan eksploitasi pemerintah yang sedia ada, sama ada penjajah atau kerajaan sendiri. Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh Gandhi itu yang akhirnya berjaya mengusir penjajah dari ibu pertiwinya.
Ia justeru bermasalah, apabila media massa kawalan Barisan Nasional sengaja mengaitkan perhimpunan aman di negara ini dengan keganasan mau pun gerakan pemisah di luar sana.
Mungkin ada sedikit kegusaran pemerintah di situ, bimbang kuasanya tercabut, kepercayaan rakyat sudah lama lenyap. Kerana selalunya, gerakan rakyat tertindas berjaya di beberapa tempat di dunia, antaranya gerakan civil rights di Amerika Syarikat dan anti-apartheid di Afrika Selatan.
Melihat aksi orang ramai dan reaksi kerajaan dalam menangani fenomena ini, jelas menunjukkan ada usaha untuk menutup kebangkitan kesedaran publik.
Dahulu, ruang demokrasi di Malaysia ini tidak subur, malah ada yang mengatakan ia telah terkubur.
Tetapi kejadian demi kejadian pasca 2008 dan proses pendemokrasian seperti yang berlaku baru-baru ini menunjukkan ia petanda baik bagi negara yang ‘hidup’.
Tuntutan hak demokrasi ini, jika direalisasikan dan menjadi budaya, akan mudah merungkaikan misteri 907 Hospital Tung Shin. – Roketkini.com

No comments
Post a Comment