SPR Tidak Puas Hati
SPR dakwa objektif wacana gagal, tapi Wan Ahmad-Ambiga muncul lagi esok
KUALA LUMPUR, 28 Julai — Timbalan Pengerusi Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan wacana Apa Selepas 9 Julai kelmarin, yang dihadirinya bersama Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga, tidak tercapai seperti yang beliau harapkan ekoran “tindakan” pihak tertentu.
Kata beliau, matlamat wacana anjuran Kumpulan Media Karangkraf itu telah terjejas ekoran kedatangan mereka yang tidak begitu faham tentang maksud wacana.
Seorang lagi ahli panel wacana itu ialah Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.
Susulan kemunculan kelmarin, Wan Ahmad dan Ambiga akan berada di pentas yang sama disediakan oleh Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia di bawah tajuk “Undang-undang Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Pembaharuan Pilihan Raya” di Dream Centre, 2 Jalan 13/1, Seksyen 13, Petaling Jaya, petang esok.
Ia disahkan oleh ahli jawatankuasa Proham Datuk Dr Denison Jayasooria ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Seorang lagi anggota panel esok ialah Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang merupakan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Asean.
“. . . ia dirosakkan dengan kedatangan golongan yang tidak begitu faham tentang maksud wacana yang beranggapan dengan turun padang untuk menunjukkan kekuatan politik . . . kebanyakannya penyokong ‘Bersih’,” kata Wan Ahmad dalam satu rencana dikeluarkan oleh Utusan Malaysia hari ini.
Rencana itu mendakwa “sebetulnya Wan Ahmad tidak diberi peluang langsung untuk meluahkan pemikiran SPR. Semuanya ‘dikunci’ oleh hadirin. Kalau tidak secocok, mereka terus menghalang penjelasan suruhanjaya itu.”
Malah rencana itu mendakwa “sampaikan ada kalangan mereka seolah-olah tidak pernah mendengar apa yang pernah diperjelaskan SPR tentang segala dasar SPR termasuk isu pengundi hantu.”
“Datang ke majlis itu dengan ilmu pengetahuan sifar dan cetek tentang apa yang telah dilaksanakan SPR.”
Tambah rencana itu, cuma kelebihan Wan Ahmad ialah keupayaannya menerangkan tentang sistem biometrik yang berkaitan hujahnya tentang cap jari.
Tulisan itu menambah, kalau untuk kerja pembersihan daftar pemilih, biometrik adalah jawapannya yang boleh mengesan dua atau tiga nombor kad pengenalan yang bertindih.
Dalam hujahnya pada wacana itu, yang pertama bertemukan antara Wan Ahmad selaku wakil SPR dan Ambiga di pentas yang sama, beliau berkata, agensi itu mahu Bersih 2.0 mengemukakan usul lapan tuntutan transformasi pilihan raya kepada Putrajaya, bukannya kepada agensi itu.
Ini kerana jelas Wan Ahmad, lapan tuntutan itu boleh dilaksanakan di bawah kuasa kerajaan memerintah.
Jelas beliau, SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan itu kerana ia terikat dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Mengikut laporan media Selasa lalu, Wan Ahmad juga dikatakan dicemuh dengan hebat oleh orang ramai kerana kecewa dengan jawapan yang diberikan.
Bagaimanapun cemuhan yang dilemparkan terhadap Wan Ahmad ditenangkan moderator Wan Saiful Wan Jan.
Pada 9 Julai lalu Bersih 2.0 telah mengadakan perhimpunan bagi menuntut SPR melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan.
Bersih 2.0 yang terdiri daripada 62 badan bukan kerajaan turut disokong Pakatan Rakyat.
Ribuan rakyat telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 yang menyaksikan lebih 1,600 orang telah ditahan.

No comments
Post a Comment