Mat Sabu Menggila! Cederakan Diri Sendiri
Polis dakwa Mat Sabu jatuh sendiri, bukan polis langgar
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 21 Julai — Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid menafikan dakwaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mengalami kecederaan akibat dilanggar oleh kenderaan pasukan keselamatan pada 9 Julai lalu, tetapi kerana “jatuh sendiri.”
Menurut Salleh, berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian iaitu di Sri Bukit Persekutuan secara jelas Mohamad mengalami kecederaan bukan disebabkan dilanggar Land Rover tetapi terjatuh selepas motorsikal diboncengnya hilang kawalan lalu jatuh.
Pihak polis turut menayangkan rakaman CCTV pada sidang media, mendapati kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki polis langsung tidak “menyentuh” motosikal yang dibonceng Mohamad.
“Kita nak menjawab tohmahan yang dilemparkan Mat Sabu (Mohamad tentang dia dilanggar land rover polis, Mat Sabu memboncengkan sebuah motosikal dengan diiringi sebuah lagi motosikal dan kita mengekori Mat Sabu yang mahu menuju ke ibu negara.
“Tetapi apabila tiba di Jalan Mahameru (yang ditutup) dia mengikut jalan lain dan polis terus mengekorinya, kita ada mengeluarkan arahan, namun tidak dipedulikan sehingga sampai di Sri Bukit Persekutuan.
“Di sana, motosikal yang diboncengnya telah membuat satu pusingan U, melanggar bahu jalan lalu terlanggar bahagian tepi kanan kereta Waja (milik polis) lalu terjatuh,” kata Salleh pada sidang media yang diterangkan bersama rakaman CCTV itu.
Sebuah kenderaan pacuan empat roda dan dua buah Waja mengekori Mohamad.
Kata Salleh, rakaman CCTV itu membuktikan Mohamad tidak dilanggar Land Rover seperti mana yang didakwa.
“Dia tidak langgar (polis), tiada pelanggaran yang berlaku... kita tidak langgar tapi kita tolong dia (selepas terjatuh).
“Tapi Mat Sabu kata dia dilanggar sedangkan hasil siasatan mendapati motosikal langgar bahu jalan, hilang pertimbangan dan terus melanggar bahagian tepi kanan kereta polis,” katanya.
Mohamad sebelum ini mendakwa beliau dilanggar Land Rover milik polis dan terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialami.
Jelas Salleh, pihaknya tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya.
“Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan.
“Menurut siasatan kami, Mat Sabu cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Kami tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda. Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya,” katanya.

No comments
Post a Comment