Nik Aziz: Saya akan terus tanding

Oleh: norhasram mohamad

KOTA BAHRU - "Saya pernah disergah kerana melahirkan hasrat untuk berundur. Saya akan terus bertanding kerana khidmat saya masih diperlukan."

Demikian pendirian Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang minggu lalu melahirkan hasrat tidak mahu bertanding lagi dalam pilihan raya umum, juga perlu terus bertanding kerana mempunyai bakat untuk memimpin.

Mengenai pendirian Abdul Hadi itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas menambah, beliau tidak boleh berbuat apa-apa tetapi tetap berharap Ahli Parlimen Marang itu akan bertanding di peringkat Parlimen.

Beliau memimpin kerajaan negeri sejak Pas memenangi pilihan raya umum tahun 1990.

No comments

Powered by Blogger.