Pejabat MB pandang serius ‘serang’ peribadi Exco

Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor mengambil berat spekulasi susulan laporan penahanan seorang lelaki oleh pihak berkuasa Indonesia, yang dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong.

Kenyataan media dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini berkata, Kerajaan Negeri akan meneliti laporan yang dibangkitkan media dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin serta pentadbiran Negeri Selangor.

Perkara itu juga akan dibawa ke Mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera.

"Kerajaan Negeri berpendirian bahawa adalah tidak beretika jika terdapat sebarang cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyalahgunakan isu ini bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu," menurut kenyataan itu.

Kerajaan Negeri menyeru rakyat supaya tidak mengizinkan politik kotor dan serangan peribadi digunakan untuk mengalih pandangan terhadap agenda utama Kerajaan Negeri yang mentadbir Negeri Selangor secara telus, berkesan dan efektif yang diterapkan dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

No comments

Powered by Blogger.