Projek Rumah Bantu Rakyat Atau Bantu Kroni? SPNB Sila Jawab!



Projek Perumahan Taman Merbau Utama Kok Lanas - Selising yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menimbulkan kontroversi apabila lot-lot rumahnya dijual dengan harga yang lebih mahal.

Projek pembinaan rumah kos sederhana sebanyak 1003 unit yang dibuat melalui 2 fasa itu diluluskan oleh Kerajaan Negeri dengan harapan dapat membantu rakyat khususnya di kawasan Ketereh memiliki rumah. Fasa pertama membabitkan pembinaan sebanyak 300 unit manakala fasa kedua pula sebanyak 703 unit.

Setiap lot rumah tersebut hanya berharga RM75,000 hingga RM95,000.Namun, SPNB yang menggunakan slogan "Menerajui Kediaman Mampu Milik Untuk 1 Malaysia " telah menjual hampir 70% lot-lot rumah di Taman Merbau Utama itu secara pukal kepada Syarikat Panca Astaka.Syarikat Panca Astaka ini merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan berpendapat penjualan ini adalah penyelewengan kerana apabila membabitkan pihak ketiga, sudah tentu akan berlaku pengambilan untung dan kenaikan harga.

Syarikat Panca Astaka telah membuat pembelian pada 1 Disember 2010 dengan terma yang begitu mudah iaitu pembayaran deposit sebanyak RM300.00 seunit.Manakala, bakinya dibayar mengikut perkembangan pembinaan.Pihak Panca Astaka juga mempunyai hak untuk menjual semula kepada pembeli lain.

Perjanjian yang dibuat tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pentadbiran Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah melanggar tujuan asal untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat berpendapatan sederhana.

Malah, rumah tersebut telah diiklankan untuk dijual oleh Syarikat Panca Astaka dengan harga yang jauh lebih tinggi iaitu RM 138,000.00.Ini bermakna mereka telah memperolehi keuntungan berlipat kali ganda dengan menganiayai rakyat berpendapatan rendah.

Sepatutnya SPNB yang memperolehi peruntukan kewangan dari Kementerian Kewangan menjual secara langsung kepada para pembeli.

Justeru, Kerajaan Negeri amat berharap SPNB dapat memberikan penjelasan mengenai isu tersebut agar langkah sewajarnya dapat diambil.

No comments

Powered by Blogger.