Pekeliling KPM Melarang Memaksa Pelajar Memakai Tudung Atau Mini Telekung. Tahniah Malaysia!

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/484242_552563898110222_2086307090_n.jpg


ramai sebenarnya tidak tahu. Puak UMNO sendiri tak tahu juga kan? bodoh!

http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ikhtisas-view?id=819

http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/2008_BTMK_211_5953_474.pdf


Hishamuddin: Pelajar tidak wajib pakai tudung di sekolah
6:00PM Mac 10 2006

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menegaskan para pelajar tidak diwajibkan memakai tudung di sekolah.

Katanya, pihak sekolah tidak boleh memaksa pelajar memakai tudung kerana kemnenterian tidak pernah mengeluarkan arahan mewajibkan pelajar beragama Islam berpakaian seperti itu.

Sehubungan itun beliau menggesa ibubapa dan para pelajar yang tidak puas hati dengan peraturan pemakaian tudung di sekolah membuat aduan ke kementeriannya.


Katanya, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan peraturan yang ada sekarang boleh mengemukakan cadangan kepada kementerian untuk menambah baik peraturan berkaitan.

"Siapa yang tidak akur, tidak patuh dan tidak ikut peraturan, kita minta mereka yang tidak puas hati dengan keputusan sekolah, maklumkan kepada kita."

"Jika peraturan sedia ada tidak memenuhi kehendak mereka dengan alasan zaman telah berubah, mereka boleh buat syor, kita akan kaji dan kalau perlu kita buat perubahan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan exco pergerakan itu di ibunegara.

Beliau mengulas dakwaan masih terdapat sekolah yang memaksa pelajar memakai tudung walaupun ia tidak diwajibkan di sekolah.

Minggu lalu dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi di Pulau Pinang mendakwa digugurkan daripada pasukan bola jaring kerana tidak memakai tudung dalam pertandingan yang diadakan.

Kenaikan harga barang

Menyentuh tentang isu kenaikan harga barang dan harga petrol pula, beliau berkata, Pemuda Umno telah menubuhkan Seketariat Aduan Kenaikan Harga Barang untuk menerima aduan mengenai kenaikan harga barang.

Katanya, walaupun mula beroperasi secara rasmi hari ini, sekateriat itu telah mula menerima aduan sejak semalam.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu berkata, aduan yang diterima oleh sekretariat itu akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk tindakan susulan.

"Kita tidak mahu ada pihak ambil tindakan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya. Melalui sekretariat ini orang ramai boleh mengemukakan aduan," ujarnya.
Orang ramai boleh menghubungi sekretariat itu di talian 03-40441199 atau 016-3403406 pada Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

1 comment

Anonymous said...

KPPM bangang smpi ke usus

Powered by Blogger.